Home » , » 'Mohon viralkan muka peragut ini!'

'Mohon viralkan muka peragut ini!'

shamsulazlan | 20:23 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki yang meragut telefon bimbit serta beg duit milik mangsanya berhampiran sebuah masjid di Medan Idaman semalam, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid di Medan Idaman untuk menunaikan solat hari raya Aidiladha.

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan mangsa pada awalnya merakam video keadaan suasana sekeliling masjid berkenaan tanpa menyedari tindakannya itu menarik perhatian dua suspek yang memerhatikannya dari jauh. 

Tiba beberapa lama kemudian, dua suspek berkenaan bertindak menghampiri mangsa dan terus meragut beg duit serta telefon bimbitnya sebelum memecut meninggalkan mangsa. 

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa mangsa sedang membuat rakaman video dan secara tidak langsung terakam wajah suspek kedua yang berkata, 

"Kejarlah kalau berani. Sony jer dowh," katanya. 


Video yang dipercayai diperolehi dari aplikasi keselamatan telefon bimbit itu kemudian dimuat naik oleh mangsa di Facebook yang meminta orang ramai menyebarkan wajah salah seorang suspek berkenaan. 

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan telefon bimbit ketika berada di tepi jalan, di mana anda berpotensi menjadi mangsa ragut oleh golongan penjenayah yang tidak berguna ini. 


from The Reporter http://ift.tt/2gyrTBl
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger