Perjanjian sewa rumah sudah dibuat, namun tidak dapat dituruti kerana ada beberapa perkara yang membataskan pemilik rumah dari mengambil tindakan terhadap penyewa yang menimbul masalah. Bak kata Syazanna Hadenan, silap-silap pemilik pula yang boleh didakwa menceroboh dan menimbulkan masalah terhadap penyewa.
FAKTA KES:
- BIL ELEKTRIK TERTUNGGAK RM1,800 (YANG KINI RM2,100)
- PENYEWA DAH EMPAT BULAN TAK BAYAR SEWA
- JANGAN KUNCI RUMAH, TINDAKAN ITU BOLEH JADI 'BACKFIRE' PADA PEMILIK
- POLIS TAK DAPAT BUAT APA-APA, KECUALI MENDAPAT ARAHAN DARI MAHKAMAH
- UPAH LAWYER UNTUK BUAT KONTRAK PERJANJIAN SEWA RUMAH, BUKAN CEDOK DI INTERNET
- TENANT TANGGUNG LEGAL FEE JIKA KES DIBAWA MAHKAMAH? TANGGAPAN ITU TIDAK TEPAT
This is my experiences dealing with tenant yang refuse untuk keluar rumah, despite dah habis contract dan disuruh untuk keluar. So, what happened was my former tenant has been skipping rental for 4 months. From May till August. Contract ended on July 2017.
In August 2017, terdetik hati nak check bil TNB. Called TNB, bagi details owner rumah dan Tadaaa! RM1,800 tunggakan (now its already RM2,100). Perasaan nak maki bertimbun-timbun tapi bersabarlah hati.
Bila WA tanya pasal sewa, memang tak reply. Bila tanya bila nak keluar dia jawab awal bulan 9. Hello, mister? I didn’t give you any permission to stay any longer pun. Siapa owner? Siapa tenant? Dia pula buat keputusan nak keluar bila. So, on 8 Sept, he finally moved out dengan meninggalkan kunci di pagar dgn begitu sahaja. Blerghhh~
So, here we go.
1) Dari first month yang dia tak bayar sewa tu, sepatutnya kami berkeras. Kena selalu push minta juga duit sewa. Tapi actually we did that. Cuma everytime we pushed him, selalu ada alasan tersendiri. Paling famous; cheque belum clear lagi, minggu depan masuk, (itu yang jadi dragged lama sangat tu). That’s why kena juga firm. Tak boleh bagi muka sangat.
2) Actually bila dah masuk bulan pertama tak bayar sewa, sepatutnya kitaorang hantar notis lewat bayar. Second month: second notice. Third month: termination notice. Tapi tak buat. Sebab apa? Sebab fikir nak bagi masa lagi untuk dia bayar. More kepada tak ingat sebenarnya and maybe terlalu bersangka baik MELAYU ISLAM tak buat benda macam ini. (read: tinggal secara free)
3) Our very own rental contract was too simple. Copy and paste from internet. Banyak benda tak detail, end up makan diri sendiri. Memang stamping, tapi in the end kitaorang tak dapat gunakan apa yang sepatutnya boleh digunakan.
For example; no pets allowed. Tapi tenant bela juga kucing. Bila dah keluar rumah, baru tahu bela kucing. Anda rasa? Nak saman? Tenant dah keluar rumah dah pun. Makan hati jela tengok rumah berbau.
4) Bila perkara ini dah jadi terlalu serius, dah bagi masa sebulan untuk keluar pun tapi masih berdegil. We seeks advices from oldies, families, friends or anyone with experience on the same matter. Tetapi hakikatnya, setiap kes adalah berbeza. Maybe si A buat macam ini, menjadi dengan tenant dia. Bila si B buat, tenant dia buat relax. Haha! So, we got so many options.
In the end, tak tahu nak buat apa. (but seriously, everyone who had helped us through these mess with ideas and solutions are the best! Kinda remind us that there are still good peoples around us)
5) Face to face? We didn’t do that. Why? Here is why. He is 40 years old man and I am the owner of the house, 27 years old woman. Nak bergaduh dengan orang tua umur 40 pasal sewa? Memalukan dia satu hal and aku takut aku sendiri tak boleh kawal tangan, kaki, mulut dan hati. Hahaha!
Suami boleh nak bercakap dengan dia, tapi takut akan jadi benda lain juga. Usually orang macam ini pandai, dia akan request hanya akan bercakap dengan owner rumah. Wakil ke, suami ke, pakcik ke, semua tak ada hak untuk bercakap. So, we let it pass.
Apa nak buat bila dah jadi macam ini? Ini apa yang kitaorang belajar dan conclude dari kes rumah sewa sendiri. Kami anggap ini pengalaman yang mematangkan cara pemikiran dan cara menyelesaikan masalah. Anggaplah juga cubaan dan dugaan.
1. NOTIS
Perkara pertama bila dah lambat bayar sewa, hantar terus notis. Tak payah tunggu, tak payah delay dah. Agak dah terlepas jauh sangat saja dari tarikh yang dipersetujui, hantar notis. Cukup dua notis, notis seterusnya adalah notis pengosongan rumah (Letter of Demand). Yang ini boleh Google. Lagi best suruh lawyer hantarkan. Caj around RM100-300. Depends kawasan jugalah.
2. LAWYER
Next, terus cari lawyer and seek for advices first. Selalu khidmat nasihat free je, kan? Tanya dulu, based on my case, my situation, apa steps yang saya kena ambil. Sebenarnya lawyer ini is the right person to ask regarding on cases macam ini. Lagi senang dan kurang serabut (tapi standby duit) and selalunya, memang kena hire lawyer untuk proceed. Bila public nak buat sendiri, mahkamah macam pelik, sebab selalu lawyer yang buat.
Lagi satu, selalu dengar kalau dah jadi kes melibatkan lawyer, kita boleh suruh tenant yang bayar legal fee. Malangnya tanggapan itu salah. Let say untuk kes tuntutan RM3-4K, hakim akan suruh tenant bayar dalam RM100 saja. Haha! Kalau legal fees dekat RM3K, RM2.9K bayar sendiri okay. Tak ada istilah fully sponsored by tenant even dia yang buat salah yang menyebabkan kau kena hire lawyer.
3. OPTIONS
Untuk kes aku, lawyer ada bagi dua options. Writs of distress atau Vacant possession. Writs of distress ini menurut fahaman aku, mahkamah akan sita barang-barang dalam rumah untuk dijual untuk bayar sewa. Tapi tenant still dalam rumah lagi, belum halau keluar lagi.
Vacant possession ini untuk pengosongan rumah. Yang ini baru betul boleh halau tenant yang degil. Tapi ini memang akan ambil masa sikit nak dapat court order. Tapi kalau dapat yang ini puas hati sikit. Kau memang boleh pergi serang rumah itu sebab dah dapat kebenaran untuk menyerang. Haha. Agak-agak degil tak nak keluar juga, call mahkamah semula ke, polis ke. Tengok apa diorang cakap. (yang ini kalau salah, let me know okay, tapi ini yang aku fahamlah)
4. TAK PAYAH KUNCI RUMAH
Sebenarnya mengunci rumah / tukar mangga adalah salah. So. Lepas ini jangan kunci pagar / tukar mangga. Sebab pertama, tenant ini kalau datang jahat dia, dia boleh buat false claims yang mengatakan barang dia hilang masa kita pergi kunci rumah itu. Yes. Benda ni boleh jadi sebab jadi dengan kitorang. Tapi tak apa, Allah ada. Dia tahu siapa betul siapa salah.
Second, tenant ini boleh claims, kesan dari perbuatan kita kunci rumah ni, dia tak boleh masuk rumah, tak boleh pergi kerja, gaji kena potong. So, dia boleh claim gaji dia yang kena potong. Bijak tak bijak perundangan kita ini sebenarnya. So, memang kena tahan panaslah tengok tenant tak tahu malu keluar masuk rumah.
5. POTONG AIR / ELEKTRIK
Yang ini lupa nak tanya lawyer itu boleh ke tak. Tapi rasanya tenants boleh claim consequences from action. Macam point no 4. Secara logiknya, memang kalau dah potong api air, confirm lari bertebaran. Tapi faham-fahamlah. Manusia ini banyak akalnya. Unless, kalau tengok TNB dah tertunggak sampai 3K, boleh dah pergi TNB sound setepek kenapa tak potong-potong lagi. Haha!
6. REPORT POLIS
Sebenarnya dari pengalaman aku, report polis pun tak jadi apa juga. Sebabnya ini kes sivil. Paling-paling pun polis akan bagi surat untuk bawa pergi mahkamah. Mahkamah akan proses surat tu untuk panggil hearing and polis itu akan jadi saksi kalau masuk court nanti. Even dah report polis, polis still tak ada hak untuk halau tenant. Bukan bidang kuasa polis. Polis kena tunggu court order baru boleh tolong pecah masuk rumah. Bukan nak cakap polis useless okay, Cuma undang-undang kita terlalu rumit.
7. RENTAL CONTRACT / TENANCY AGREEMENT
Seeloknya untuk ini buatlah proper. Biar habis duit sikit untuk buat contract, asalkan lengkap dan boleh digunakan tanpa memakan diri sendiri. Guna lawyer untuk buat contract. Ini pun pengajaran juga, selepas ini cari lawyer untuk buat contract. Cuma if jadi macam begini, still kena hire lawyer lain. Lawyer yang buat contract kita itu akan jadi saksi saja nanti.
Paling penting, sebenarnya walaupun kita owner rumah, contract dah habis, still memang kita tak ada hak untuk masuk dalam rumah itu. Silap-silap kita pula kena tuduh penceroboh. Memang boleh tengok rumah itu dari jauh sajalah. Part ini pun aku tak faham juga kenapa. Kena tunggu court order untuk masuk walaupun contract dah berzaman habis. Undang-undang yang melemakkan pesalah bak kata laki aku.
Tapi tak apalah. Hopefully ada alasan tersendiri kenapa undang-undang ini dicipta. So, lepas dah hire lawyer. Tunggu hearing dan mahkamah keluarkan perintah. Baru boleh selesaikan. Nak tak nak memang kena buat legally. Better be safe than sorry. Part tunggakan itu, kalau kurang RM5K, buat tuntutan kecil. Kalau lebih, silalah hire lawyer lagi.
Untuk rumah aku, Alhamdulillah dapat balik walaupun rumah dalam keadaan tongkang pecah. Tp janji dapat balik. Yang aku boleh cakap, Allah itu ada. buat jahat, aniaya orang, ingat boleh lari dengan aman? Ingat sikit ada anak bini itu.
Deposit memang ambil, jangan risau. At least boleh cover sikit mana-mana yang kena tampal itu. Tapi itulah, manusia kalau tak kena atas batang hidung sendiri, memang sedap saja cakapnya. Semoga urusan selepas ini dipermudahkan. Semoga masih ada rezeki untuk kami.
Sumber: Syazanna Hadenan
from The Reporter http://ift.tt/2w60RIl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment