KLANG, SELANGOR - Seorang pemandu grab cedera ringan di bahagian muka akibat dibelasah oleh pemandu teksi yang tidak puas hati dengan kehadirannya di sebuah pusat beli-belah.
Dalam kejadian jam 3.30 petang Sabtu lalu di AOEN Mall Bukit Tinggi Klang, Mohd Shahnom Ismail, 30, dibelasah lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya merakam gambar dirinya.
Difahamkan, Mohd Shahnom pada awalnya menunggu penumpang yang telah menempah perkhidmatannya di AEON Bukit Tinggi.
"Rider request pickup point di AEON Bukit Tinggi, seperti biasa saya terus ke Starbuck AEON tersebut sambil membuat panggilan telefon ke rider. Rupanya dia menunggu di bus stop AEON, bersebelahan dengan Taxi Stand AEON.
"Saya terangkan kepada rider untuk menunggu saya di bawah jejantas, betul-betul di depan exit AEON, tetapi jejantas itu juga berdekatan dengan Taxi Stand AEON, semuanya berhampiran. Ketika saya selesai punch ticket untuk exit AEON, saya sudah nampak rider tersebut. Oleh kerana dia lambat bergerak, saya menunggu di bawah jejantas.
"Tiba-tiba datang seorang pemandu teksi berbaju putih, berdialek Sabah, menumbuk cermin kereta berkali-kali meminta saya beredar dari situ. Kemudian dia menendang bahagian sisi kereta dengan kuat sebanyak 2-3 kali. Saya bergerak ke hadapan sedikit untuk melancarkan laluan trafik, kemudian keluar dari kereta dan hajat di hati mahu merakam gambar/video pemandu teksi yang tidak bertamadun itu.
"Baru beberapa saat saya merakam, dia terus meluru dan menumbuk saya bertubi-tubi di kepala tetapi saya tidak mlawan sebab tangan masih memegang telefon dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tambahan pula di situ ramai kawan-kawannya.
"Akibatnya, cermin mata saya pecah, mengalami sedikit luka di muka dan telinga rasa berdengung. Mujur tumbukan lelaki itu tidak sekuat mana, tetapi saya cukup geram dengan dia yang bersikap agresif dan tidak menunjukkan nilai yang seharusnya.
"Saya pemandu Grab yang sah, mengikut lunas undang-undang Malaysia. Dia pun pemandu teksi, dia boleh sahaja daftar masuk di bawah Grab sebagai Grab Taxi atau hanya sebagai Grab. Melalui Uber juga boleh, jadi adil untuk kita bersama-sama mencari rezeki. Malahan dia mempunyai saluran untuk menjana pendapatan yang lebih luas. Jadi mengapa perlu bertindak ganas?
"Surat untuk buat pemeriksaan perubatan ada saya pegang, namun klinik swasta di kawasan ini semuanya tutup bersempena dengan Hari Keputeraan Agong. Tidak pula saya pergi ke HTAR Klang yang terlalu sesak dan terpaksa menunggu lama.
"Sewaktu saya dihujani tumbukan, saya lihat ada dua remaja Cina yang merakam kejadian tersebut. Video yang saya ada, terlalu singkat dan tidak dapat tunjukkan kejadian sebenar. Saya juga tidak sempat meminta rakaman video itu daripada mereka kerana bergegas menghantar rider yang telah menunggu.
"Rider Sri Langka itu beri tambang lebih daripada sepatutnya. Kedua-dua mahu beri duit lebih dan saya terpaksa ambil daripada salah seorang. Mereka luahkan rasa kekesalahan kerana menunggu di bus stop berkenaan. Saya nasihatkan mereka untuk memilih Starbuck AEON sebagai pickup location yang jelas sangat jauh dari teksi dan lebih selamat.
"Pemandu teksi sekalian, sikap segelintir daripada anda hanya mengeruhkan keadaan. Masyarakat semakin takut dengan teksi. Puas hati? Teruskan dengan sikap ganas anda, mana tahu boleh jadi jutawan.
"Saya harap pihak PDRM dapat memberi amaran yang jelas dan tegas kepada para pemandu teksi. Ini bukan kes pertama dan saya yakinbukan yang terakhir. Ramai rakan Grab menjadi mangsa, malah ada juga penumpang Grab dihalau keluar dari kereta Grab oleh pemandu teksi. Malaysia negara yang bertamadun, sikap ganas segolongan pemandu teksi seperti ini wajib dibanteras," katanya.
Ekoran kejadian itu, Mohd Shahnom membuat laporan polis pada hari yang sama, agar pihak polis mengambil tindakan selanjutnya pada pemandu teksi terbabit.
from The Reporter http://ift.tt/2ePssm2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment