Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia serta berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Tetapi, tidak siapa yang menginginkan segala impian itu hancur berkecai di pertengahan jalan.
Lebih menyedihkan apabila pasangan yang dikasihi itu sanggup menipu dan menghilangkan diri sebelum tibanya hari yang dinantikan untuk mereka disatukan sepertimana yang dijanjikan sebelumnya untuk sehidup semati.
Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita Thai yang dilaporkan Coconuts, sehingga kini masih diburu pihak polis selepas dia dikatakan telah pun mengahwini seramai 8 orang lelaki sebelum bertindak melarikan kesemua jumlah wang hantaran yang bernilai antara RM26,000 hingga RM64,000 (TBH200,000 – TBH500,000) bagi setiap perkahwinan yang dirancangkan itu.
Menurut kata salah seorang dari mangsa wanita terbabit, Prasarn Tiamyan, 32, dia juga telah membuat laporan polis terhadap bekas isterinya itu yang dikenali sebagai Jariyaporn “Nammon” Buayai, yang berusia 32 tahun yang dikatakan telah menipunya dan melarikan wang hantaran sebanyak TBH200,000 (RM25,717) apabila baru sahaja 4 hari mereka berkahwin di sebuah resort.
Walau bagaimanapun, tembelang wanita yang amat licik ini akhirnya terbongkar juga apabila satu posting di laman sosial Facebook telah membuat pendedahan serta turut memaparkan gambar wanita penipu tersebut. Posting berkenaan juga turut memberikan peringatan kepada semua lelaki Thai agar tidak mendekati wanita berkenaan yang dikatakan begitu bijak merancang strategi.
Selepas posting berkenaan tersebar, Prasarn yang telah pun berkahwin lain turut menyedari akan hal ini serta penipuan licik wanita terbabit serta segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Difahamkan, Prasarn mula mengenali Nammon menerusi Facebook apabila wanita itu ingin mengenalinya pada bulan Februari 2015. Setelah 9 bulan bermadu kasih, Prasarn akhirnya telah bersetuju untuk mengahwini wanita licik tersebut selepas wanita itu membuat pengakuan bahawa dia sedang hamil anak Prasarn.
Prasarn turut memaklumkan bahawa sepanjang perkenalannya bersama suspek, wanita itu seringkali menolak permintaannya untuk bertemu keluarganya.
Walau bagaimanapun, selepas selesai bernikah selama 4 hari, Nammon memberitahu padanya yang dia terpaksa pergi ke Nong Khai kerana mempunyai urusan yang membabitkan perniagaan buah-buahannya sebelum bertindak meninggalkan Prasarn.
Selepas kejadian itu, Prasarn dikatakan telah gagal menghubungi isterinya itu. Dia turut memaklumkan bahawa dia ada menerima satu panggilan dari seorang perempuan yang mengaku dia adalah anak saudara kepada Nammon. Perempuan berkenaan menyatakan bahawa Nammon telah mengalami keguguran dan Prasarn tidak boleh lagi menghubungi Nammon.
Prasarn langsung tidak menyedari bahawa dirinya telah pun ditipu oleh Nammon, sehinggalah dia terbaca tentang kisah Nammon yang tersebar di media sosial baru-baru ini yang mendedahkan kegiatan licik wanita terbabit.
Dalam masa yang sama, seorang lagi mangsa wanita berkenaan yang tidak mahu mendedahkan identitinya turut mengaku dia juga ada mengenali Nammon melalui Facebook malah turut ditipu wanita itu yang menggunakan modus operandi sama apabila wang hantaran sebanyak TBH500,000 (RM64,357) telah ditipu Nammon pada Februari lalu.
Selepas pemindahan wang tersebut dilakukan dan dipindahkan ke akaun Nammon, tidak semena-mena wanita itu berkata knonnya waktu yang dirancangkan untuk perkahwinan mereka bukanlah waktu yang baik dan tidak sesuai untuk melangsungkan perkahwinan buat dirinya selepas mengiktu perkiraan horoskop.
Selain itu, seorang lagi mangsa wanita terbabit yang bernama Wichit memaklumkan bahawa dia juga dapat menghubungi 7 orang lelaki yang dipercayai kesemua mangsa penipuan wanita licik tersebut.
Menurut Wichit, kesemua perjalanan cerita dan kisah semua mangsa dikatakan hampir sama apabila bermula dengan Nammon mengenali mereka melalui Facebook sebelum mengadakan hubungan intim dan akan terus menipu bahawa dia sedang hamil dan menipu semua mangsanya dengan melarikan diri selepas mendapatkan wang.
Melalui satu posting di Facebook pada 30 Ogos lalu, wanita berkenaan dipercayai bernikah dengan mangsanya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu pada bulan Ogos kepada 5 orang lelaki yang berlainan yang dikatakan semua mangsanya.
Lebih mengejutkanm sehingga kini masih lagi belum diketahui tentang jumlah lelaki yang telah dikahwininya sebelum menipu. Namun, pihak polis telah dapat menjejaki suspek sehingga ke rumah ibu bapa wanita berkenaan yang dipercayai telah melarikan diri.
Difahamkan, pihak polis cuma berjaya mengesan kakak kepada Nammon tetapi telah pun terputus hubungan persaudaraan memandangkan suspek tidak membayar hutang sejumlah wang yang dipinjamkannya.
Kakak kepada Nammon turut menyatakan kerisauannya terhadap kedua ibu bapanya dan juga turut meminta Nammon segera menyerahkan diri dengan kadar segera.
The post Wanita Pembohong Menikahi 8 Lelaki Sebelum Melarikan Wang Hantaran Selepas Menipu Dirinya Hamil appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2xCQmKb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment