Home » , » (VIDEO) Seorang Ibu Lahirkan Anak Di Jalanan & Pulang Ke Rumah Dengan Tenang Bersama Bayinya Yang Masih Merah

(VIDEO) Seorang Ibu Lahirkan Anak Di Jalanan & Pulang Ke Rumah Dengan Tenang Bersama Bayinya Yang Masih Merah

shamsulazlan | 01:59 | 0 comments

Menunggu masa untuk melahirkan bayi selepas mengandung selama 9 bulan adalah satu penantian yang begitu bermakna kepada semua ibu di dunia. Berbagai cara dan langkah yang betul diambil oleh ibu hamil tersebut agar di saat kelahiran bayinya tidak akan mempunyai sebarang masalah yang tidak diinginkan akan berlaku.

Walau bagaimanapun, cara seorang ibu ini yang melahirkan anaknya telah menjadi perhatian ramai, malah amat mengejutkan sesiapa sahaja yang melihatnya kerana pastinya anda langsung tidak menyangka apa yang dilakukan oleh wanita yang ketika itu sedang mengandung dan ingin melahirkan anak.

Dalam kejadian pada 2 September lalu di bandar Guangdong, China, seorang wanita yang sarat mengandung telah melahirkan anak di tengah jalan dan selepas melahirkan anaknya itu dia membawa anaknya bersama serta pulang ke rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 

Menurut laporan Shanghaiist, wanita terbabit sedang berjalan dan mungkin ingin membeli belah untuk barang keperluan rumahnya. Secara tiba-tiba air ketuban dikatakan telah pecah dan dia tidak mempunyai pilihan melainkan melahirkan bayinya itu di tempat kejadian.

Jika berlaku kecemasan seperti ini dan wanita yang ingin bersalin pastinya akan meminta pertolongan dari orang ramai yang berdekatan.

 

 

Tetapi berbeza dengan wanita ini apabila dia dikatakan telah bersalin di jalan itu dengan tenang tanpa sebarang bantuan oleh orang ramai yang cuba untuk menolongnya tetapi dia terlebih dahulu melahirkan bayinya sebelum disapa oleh orang awam.

Bayi comel itu dikatakan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di jalan serta turut menangis dan menendang-nendang kakinya memberikan tanda yang baik bahawa dia seorang bayi yang normal dan sihat.

Kejadian seperti ini begitu jarang berlaku, tidak beberapa lama selepas itu beberapa orang awam dilihat telah cuba menolongnya dengan menyediakan kerusi dan sekeping kadbod kepada si ibu, manakala bayi tersebut diletakkan di atas kerusi sementara menunggu ketibaan pegawai paramedik.

Walau bagaimanapun, si ibu telah mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kelahirannya yang dikatakan langsung tidak mempunyai sebarang komplikasi kelahiran. Dia dengan selamba dan tenang membawa bayinya bersama serta berjalan pulang.

Insiden ini telah mengejutkan netizen dan turut tersebar secara meluas di media sosial China. Rata-rata netizen di sana turut menyatakan bahawa mereka amat terkejut dengan peristiwa itu serta turut mengatakan betapa siksanya si ibu ketika sedang ingin melahirkan bayinya.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen dilihat turut mengkritik tindakan wanita terbabit yang dikatakan sangat mementingkan diri sendiri. Sepatutnya, sekiranya dia benar-benar mengambil berat tentang bayinya, dia pasti akan mengikut ambulan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut bukannya terus pulang begitu sahaja, jelas netizen.

Manakala, sesetengah netizen pula mempertikaikan bagaimana pula keadaan bayi itu sekiranya didapati dilahirkan pramatang? Adakah si ibu akan turut berjalan pulang ke rumahnya begitu sahaja?, kata pengguna Facebook yang lain.

Apa sekalipun niat wanita itu, tidak semua yang bersetuju dengan tindakannya, malah mereka turut menasihatkan agar si ibu lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatannya sendiri dan juga bayinya yang baru sahaja dilahirkan itu.

 

The post (VIDEO) Seorang Ibu Lahirkan Anak Di Jalanan & Pulang Ke Rumah Dengan Tenang Bersama Bayinya Yang Masih Merah appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2xCOWBP
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger