THAILAND – Isteri memang dah sangat cantik tapi si suami masih lagi ingin mencari wanita lain untuk bersama. Kenapa? Apakah kekurangan pada si isteri? Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikatakan telah berjaya menemui suaminya setelah beberapa hari suaminya itu tidak pulang ke rumah, rupa-rupanya sedang bercinta dan bersama-sama dengan wanita lain.
Menurut sumber, si isteri dikatakan telah mencari si suami telah beberapa hari dan akhirnya dapat ditemui selepas dibantu oleh rakanya yang menaiki motosikal apabila terserempak dengan kereta suaminya itu berdekatan dengan sebuah restoran.
Tanpa membuang masa si isteri kelihatan terus menuju ke arah kereta tersebut dan mendapati ada seorang wanita di dalam kereta, lalu mengetuk tingkap kereta dan meminta wanita terbabit membukanya.
Selepas tingkap dibuka, isteri malang tersebut dilihat menarik wanita itu keluar, malangnya cubaannya tidak berjaya namun belia dapat merampas beg tangan wanita berkenaan, Si isteri terkejut apabila mendapati beg tangan wanita tersebut mempunyai beberapa kondom yang dipercayai akan digunakan wanita terbabit untuk bersama dengan suaminya, malah turut pil perancang turut ada bersama.
Selepas beberapa minit, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam datang daripada belakang dan menghalang isterinya dari terus menyerang teman wanitanya itu sebelum masuk ke dalam kereta serta beredar dari tempat berkenaan.
Menerusi terjemahan seorang netizen yang dipercayai memahami apa yang dituturkan oleh mereka adalah seperti berikut;
Lelaki berkenaan adalah suaminya. Dia pergi kepada perempuan tersebut dan bertanyakan ke mana dia mahu pergi tetapi perempuan tersebut berkata tidak pergi ke mana-mana.
Kemudiannya, isteri tersebut berkata, perempuan itu menipu dan meminta dia menunjukkan wajahnya. Malah si isteri turut bertanyakan namanya dan meminta untuk melihat apa yang terkandung di dalam beg tangannya itu.
Kemudiannya, suami wanita tersebut datang dan berkata “apa yang dibuatnya serta bergegas masuk ke dalam kereta. Si isteri berkata, tak mengapa, kau akan kena dengan aku nanti apabila berada di rumah.”
Rata-rata netizen yang mengikuti dan menonton perkongsian rakaman video berkenaan menyifatkan lelaki terbabit tidak bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan masih lagi mencari wanita lain.
Sehubungan itu, mereka berpendapat, kecantikan seseorang wanita belum tentu dapat membuatkan seorang suami itu dapat setia bersama isterinya.
The post (VIDEO) Isteri Memang Sangat Cantik Tapi Suami Masih Lagi ‘Makan Luar’, Kenapa?? appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2fx78lK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment