Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang 12 September di Daerah Jieyang Puning, wilayah Guandong, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 10 saat itu menunjukkan tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga tahun itu bermain di tepi sungai.
Sebelum kejadian, seorang lelaki tua dan penunggang motosikal melalui jalan itu, bagaimanapun tidak mengendahkan kehadiran tiga kanak-kanak berkenaan dan meneruskan perjalanan mereka.
Ketika cuba menghampiri tebing jalan, kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Salah seorang kanak-kanak lelaki terbabit, dipercayai cuba turun untuk menghulurkan, namun tidak dapat mengawal keseimbangan badan lalu terjatuh ke dalam sungai. Menyangka dua saudaranya itu sedang bermain di bawah, kanak-kanak berbaju kuning itu terus melompat masuk ke dalam sungai.
Rakaman video CCTV menunjukkan, terdapat kocakan air yang kelihatan dipercayai ketiga-tiga mangsa sedang cuba berusaha menyelamatkan diri mereka. Malangnya, ketiga-tiga kanak-kanak itu lemas dan hanya ditemui 30 minit kemudian.
Menurut jurucakap pihak berkuasa, kejadian itu berlaku kerana kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah tanpa sebarang pengawasan.
from The Reporter http://ift.tt/2xhIeA9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment