Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hanya sebahagian daripada suspek-suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Manakala suspek yang lain akan didakwa mengikut seksyen berbeza, iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Siasatan mendapati, tidak semua suspek terbabit dalam kejadian itu. Mereka ada ketika kejadian, namun tidak terbabit.
"Jika ada ruang dan maklumat terbaru, kita akan teruskan siasatan. Kes masih berjalan namun apa yang boleh saya katakan, kes sudah selesai," katanya.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suspek-suspek terlibat dan meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang berat terhadap mereka.
from The Reporter http://ift.tt/2y7lTqS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment