Home » , » Remaja pukul ibunya hanya kerana tidak diberi RM2 - Polis

Remaja pukul ibunya hanya kerana tidak diberi RM2 - Polis

shamsulazlan | 08:06 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun memukul ibunya  bertubi-tubi dalam video viral semalam dikatakan berbuat demikian kerana RM2, lapor The Star. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, remaja itu terdahulu meminta wang sebanyak RM2 daripada ibunya, tetapi wanita itu enggan memberi jumlah wang yang dipinta menyebabkan remaja itu berang. 

Remaja itu kemudian cuba mengambil wang sebanyak RM17 dari ibunya sebelum keadaan menjadi semakin buruk di mana remaja itu dirakam tergamak memukul ibunya bertubi-tubi dalam rakaman video berdurasi 40 saat yang viral di media sosial semalam. 



Difahamkan, video itu dirakam melalui telefon bimbit salah seorang ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu. 

Susulan video itu viral di media sosial, bapa remaja berkenaan telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anak lelakinya itu. 

"Kami telah mengambil keterangan dari mereka yang terlibat dan ibu bapa remaja terbabit tidak mahu mengambil tindakan mendakwa anak mereka sendiri. 

"Ujian air kencing yang dijalankan pada remaja itu juga menunjukkan keputusan negatif untuk dadah," katanya. 

Beliau menambah, keluarga berkenaan mendakwa bahawa ini adalah kali pertama insiden itu berlaku, tetapi polis masih menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan. 


Semalam, video kejadian itu viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan biadab remaja berkenaan yang sanggup memukul ibunya sendiri hanya kerana wang. Video yang dimuat naik oleh seorang individu itu bagaimanapun telah dipadamkan setelah bapa remaja berkenaan membuat laporan polis. 

Individu berkenaan juga telah tampil memohon maaf dan menyatakan kekesalannya menviralkan video itu sehingga mendatangkan masalah terhadap keluarga dan remaja berkenaan. Katanya, dia tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa dan katanya juga dia memperolehi video itu daripada adik mangsa yang menghubunginya untuk diviralkan di media sosial. 


from The Reporter http://ift.tt/2ysBPzK
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger