Home » , » 'Banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam di lorong kecemasan MEX'

'Banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam di lorong kecemasan MEX'

shamsulazlan | 07:25 | 0 comments

Kejadian khianat dan aniaya di lebuhraya pada penunggang motosikal, bukanlah perkara baru. Sudah banyak kes yang sama kita baca di media sosial di mana adanya individu-individu yang tidak bertanggungjawab tergamak menggunakan cara yang keji untuk meraih pendapatan sampingan. 

Tidak akan tenang dan tiada keberkatan hidup pada mereka yang sengaja menganiaya orang dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang. Kifarahnya pasti ada, cuma cepat atau lambat sahaja. Namun, doa seorang mangsa yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan OlehNya. 

ASSALAMUALAIKUM. Saja nak cerita-cerita. Biasalah saya pergi kerja di JUPEM, Kuala Lumpur. Hari-hari ulang alik pergi site di Kuala Lumpur. Hari ini site di Setapak, Kuala Lumpur. 

Masa nak pergi kerja, lalu Lebuhraya MEX. Hari ini memang banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam lagi di lorong kecemasan. Saya biarkan saja sebab dah lambat nak pergi ke site. 

Tiba-tiba tayar motosikal bocor terkena dawai. Adoi! Saya naik sampai Jalan Tun Razak untuk pam semula. Nasib baik ada cacing tayar di bawah seat motosikal. 

Hadoi, time gaji saja mesti banyak paku dan benda-benda tajam di MEX. Tayar bocor di lebuhraya ini dah banyak kali dah. Balik kerja, saya cuba kutip benda-benda itu dari Tol Salak Selatan sampai Exit Sri Kembangan. Nak lajak kutip dah tak boleh sebab pinggang sakit nak bongkok. Sakit pinggang belum pulih sepenuhnya. 




Boleh tahan banyak juga dawai, skru, besi. Agak-agak bocor tak kalau kena tayar? Lebih-lebih lagi kalau ada penunggang motosikal yang tengah laju tiba-tiba bocor. Kasihan kalau mereka yang menjadi mangsa aniaya ini terlibat pula dalam kemalangan. 

Kalau ada individu-individu yang tabur benda-benda seperti ini, saya harap individu itu insaf. Perkara yang dia buat ini boleh menyebabkan penunggang motosikal cedera atau hilang nyawa. Fikirlah pada keluarga mereka yang menjadi mangsa perbuatan khianat ini. 

Saya harap kawan-kawan semua berhati-hati lebih-lebih lagi bila tarikh gaji. Saya cuma mahu mengingatkan sahaja. 















Seperkara lagi, ada ke cara nak laporkan kegiatan khianat seperti ini pada pihak pengurusan Lebuhraya MEX? Biar mereka bersihkan lorong kecemasan. Atau anda ada apa-apa cadangan? 

#KitaRiderTiadaBeza
#Sama2KitaTolongMenolong

Tolong pesan pada kawan-kawan yang guna lalu Maju Express Highway berhati-hati ya. Assalamualaikum.

Sumber: Zul Mamu


from The Reporter http://ift.tt/2jZqvc9
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger