Home » , » 'Hafiz yang tergesa-gesa bernikah dengan saya' - Joy

'Hafiz yang tergesa-gesa bernikah dengan saya' - Joy

shamsulazlan | 18:31 | 0 comments

Kelmarin, Hafiz memberi amaran kepada Joy agar mengambil serius dan jangan main-main terhadap permohonan faraq nikah yang difailkan oleh Joy sendiri di mahkamah. 

Hafiz berkata, sikap sambil lewa Joy itu menyebabkan banyak masalah yang timbul sehingga mengelirukan keadaan. 

"Saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. Satu saja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan perkahwinan kami sah," katanya. 

Joy Revfa atau nama sebenar, Siti Arifah Mohd Amin, berharap penyanyi Hafiz Hamidun berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan yang diberi, lapor mStar Online. 

"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas, pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukan. Ini adalah cara terbaik untuk selesaikan, bukan dengan cara licik yang lain. 

Kumpulan peguam yang bersama dengan Joy di Mahkamah Syariah Shah Alam.
"Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai," katanya. 

Jelas Joy, dia faham mengapa pihak Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan bahawa penikahan mereka tidak sah. 

Menurut Joy, status perhubungan mereka mula dihidu apabila Hafiz mula berkongsi masalah yang dihadapi mereka kepada pihak luar. 

"Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi. 

"Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media membongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan. 

"Netizen dapat menghidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya," katanya. 


Joy berkata, jika Hafiz seorang lelaki berilmu agama, dia sepatutnya datang berbincang secara baik dengan dia, bukannya bertindak berdiam diri dan menjauhkan diri. 

Malah, semenjak isu mereka menjadi bualan umum, Joy berkata hanya dia sahaja yang mengambil langkah untuk bertemu dan memuat naik gambar bersama supaya netizen tidak dapat menghidu masalah mereka. 

"Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang, bukannya berdiam diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan, tetapi dia tidak berbuat demikian. 

"Selama ini hanya saya sahaja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram agar netizen tidak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung. Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja," katanya. 


Bagaimanapun, dalam sidang media yang lalu, Hafiz pernah mendakwa masalah rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila Joy kerap berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial dengan kapsyen yang membuatkan orang ramai ragu dengan status mereka. 


from The Reporter http://ift.tt/2vZ8tZ1
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger