Video yang dimuat naik di sebuah group Facebook GTB28 itu menunjukkan, wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak puas hati dengan tindakan anggota MPSJ yang telah mengunci tayar keretanya yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu, wanita berkenaan berulang kali menyatakan bahawa dia hanya meletakkan keretanya di depan kedai makan untuk seketika sahaja, bagi membeli makanan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun, anggota MPSJ itu menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk wanita berkenaan membantu membeli makanan untuk OKU. Namun tindakan meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan yang perlu dikenakan tindakan.
"Ya, parking sini sebab depan ini restoran dan tak ada tempat parking berhampiran. So saya parking sini, cepat-cepat ambil produk, tolong OKU juga," jelasnya.
"Haa, you tahu pun salah. You tahu pun salah parking," kata anggota MPSJ berkenaan.
"Bukan salahnya, you mesti tahu OKU tak ada masa. Kita mesti faham, OKU memang tak ada masa," katanya.
Belum sempat menghabiskan penjelasan, anggota MPSJ itu kemudian bertanya, apakah wanita itu berstatus OKU.
Perakam video itu kemudian meminta wanita terbabit menunjukkan kad OKU. Anggota yang dimarahi wanita itu pula berkata, "Kalau you betul-betul tolong OKU, kalau you OKU, baik you parking kat tengah-tengah je."
Kata-kata anggota itu membuatkan wanita berkenaan terdiam seketika dan berkata, "Adakah you normal ke tak normal? Suruh saya parking di tengah jalan?".
Sementara itu di media sosial, netizen menyalahkan wanita itu yang bertindak di luar batasan, sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika dia benar-benar tiada pilihan untuk parkir di situ.
from The Reporter http://ift.tt/2wOhwxa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment