Home » , » Jangan kejar ribuan likes dan shares, sampai dedah gambar mangsa

Jangan kejar ribuan likes dan shares, sampai dedah gambar mangsa

shamsulazlan | 02:26 | 0 comments

Susulan kes kebakaran di sebuah pusat tahfiz di Kuala Lumpur, ramai yang berlumba-lumba menyebarkan video, gambar dan berita. Namun apa yang menyedihkan, ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar-gambar mangsa yang telah rentung di media sosial. 

Gambar-gambar seperti itu tidak sepatutnya disiarkan. Bukan sahaja melanggar polisi media sosial yang sememangnya melarang penggunanya memuat naik bahan-bahan sensitif, juga mampu melukakan hati dan perasaan ahli keluarga mangsa. 

Bayangkanlah, bayangkanlah jika salah seorang mangsa itu merupakan ahli keluarga kita sendiri. Adakah tergamak kita berbuat demikian? Seperti mana teguran yang dibuat oleh Muhammad Yusof ini, semoga kita semua menerima teguran ini dengan hati yang terbuka. 

STYLE ORANG MALAYSIA SEKARANG

Bila nampak orang dok tepi jalan kes kemalangan, kita yang tak tau hujung pangkal pun ambil gambar then viralkan. Orang ramai pun share. Pages-pages glamour pun share. Last-last bila orang yang kita viralkan tadi kata benda tu fitnah dan dia kata nak saman, kita pun tutup akaun fb.

Bila kita nampak ada mak cik bawak anak dia 3 orang naik moto. Kita pun ambil gambar dia naik motor dan viralkan. Padahal, mak cik tu tak pernah mintak pun orang tolong dia. Orang ramai pun share. Pages-pages glamour pun share. Padahal mak cik tu pun ada maruah diri nak kena jaga. Bila dah viral mana dia nak letak muka?

Bila anak ada calar sikit kat muka then anak kita kata cikgu tampar. Kita pun percaya 100% kat anak. Kita pun buat report polis kata cikgu tampar. Kita pun viralkan. Orang pun share. Pages-pages glamour pun share. Kita salahkan cikgu, salahkan profesion perguruan. Rupa-rupanya bila siasat anak kita gaduh dengan member dia. Dah yang kita sungguh-sungguh salahkan cikgu ni, dulu kita pandai bukan sebab cikgu ke ajar kita?

Bila kita pi klinik, doktor atau jururawat lewat bagi rawatan. Kita pun viralkan. Orang ramai share. Pages-pages glamour pun share. Last-last doktor tu counter balik kata benda tu SOP perubatan dan dia kata nak saman, terkulat-kulat kita mohon maaf kat doktor tu.

Bila ada artis non-Muslim nak masuk Islam. Ada orang tak bertanggungjawab dedahkan artis sekian-sekian nak masuk Islam. Orang ramai pun share. Pages-pages glamour pun share. Padahal artis tu banyak lagi persediaan sebagai saudara baru yang perlu dia tempuhi.

Bila ada kes-kes kebakaran contohnya kes pagi tadi kat Pusat Tahfiz Gombak, ada orang tak bertanggungjawab share gambar mangsa yang rentung. Orang ramai pun share. Pages-pages glamour pun share. Padahal aib mangsa dan keluarga perlu kita jaga.

Saudara-saudari, jangan kita fikir hidup kat dunia ni just nak kejar ribuan likes dan share semata-mata. Memang sekarang tak kena kat kita atau ahli keluarga kita sebab tu sedap je kita share gambar orang terburai perut eksiden, share orang mati lemas, share orang mati rentung kebakaran. Cuba yang kena ahli keluarga kita, ada kita nak share sebab nak bagi pengajaran kat orang lain?

Satu lagi kalau kita nak tolong orang contohnya kita nak tolong mak cik bawak anak 3 orang naik moto tadi kita tolonglah tapi tak payahlah siap ambil gambar dan viralkan. Mak cik tu pun ada maruah dan harga diri yang dia nak kena jaga. Atleast kalau nak ambil gambar jugak tanya dia dulu samada dia bersedia atau tak.

Ingatlah saudara saudari, kalau kita jaga aib orang, Tuhan akan pelihara aib kita. Kalau kita dok kerja aib orang, takut tak pasal-pasal Tuhan bayar cash kat dunia lagi. Tak takut ke kita?

Al-Fatihah untuk semua mangsa dan takziah untuk keluarga mereka.



from The Reporter http://ift.tt/2f7LPKW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger