Sayu membaca kisah inspirasi dari Cikgu Hussayn, mengenai seorang pelajar tahun enam yang tabah menghadapi peperiksaan UPSR dan dalam masa yang sama terpaksa menerima pemergian bapanya. Sungguh ianya sesuatu yang sukar untuk dihadapi.
ALHAMDULILLAH. Selesai sudah anak-anak Tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yang saya tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di mana seorang anak murid saya yang kental jiwa dan kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan.
ALHAMDULILLAH. Selesai sudah anak-anak Tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yang saya tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di mana seorang anak murid saya yang kental jiwa dan kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan.
Allahu, hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yang dipakai ke kubur ayahnya sebentar tadi. Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan di sana.
Sebelum itu pada jam 8.15 pagi, dia juga hadir untuk menjawab soalan Sains Kertas 1. Kemudian bergegas pulang untuk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir dan menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sebelum jenazah ayahnya dikebumikan.
Buat Azri Haziq yang cikgu sayang, andai suatu hari nanti Azri baca catatan ini, cikgu nak Azri tahu yang cikgu bangga dengan kputusan yang Azri buat untuk terus menduduki UPSR kerana tak ramai di luar sana mampu menghadapi dan melakukan apa yang Azri lakukan hari ini. Cikgu syukur dapat bersama Azri hari ini di rumah dan sekolah serta semalam di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yang takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.
Izinkan cikgu share kisah ini ye sayang. Moga kisah Azri mnjadi pendorong dan pmbakar semangat buat kawan-kawan di luar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu dan banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yang mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa-apa masalah boleh datang jumpa cikgu pada bila-bila masa. Respect! Salute! UiLove!
Sumber: Cikgu Hussayn
from The Reporter http://ift.tt/2h4sT02
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment