Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (NGO) menggesa pihak YouTuber, Bros Gang TV, dikenakan tindakan menemubual dan menyiarkan pendedahan pelakon Puteri Balqis, 15, mengenai perbuatan jenayah bapanya sebagai suatu bentuk eksploitasi seksual.
Presidennya, Datuk Dr Raj Karim berkata, YouTuber berkenaan tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan itu dan mana-mana pihak yang mahu menyiarkan kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam menemubual kanak-kanak, bagi mengelakkan mereka dieksplotasi oleh golongan berkepentingan yang mahu mengejar jumlah tontonan yang tinggi.
"Apa tujuan YouTuber itu? Dengan pendedahan melalui temubual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.
"Kita ada garis panduan jika ingin menemubual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.
"Kalau di pihak kebajikan yang ingin menembual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.
"Kita sendiri tidak tahu bagaimana YouTuber ini mendekati pelakon ini, namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka," katanya.
Dr Raj juga menyuarakan kebimbangannya, pendedahan secara terbuka itu akan memberikan kesan seperti perasaan malu dan kemurungan dalam jangka masa panjang.
Tambahnya, Puteri Balqis wajar mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membuat laporan polis sekiranya berdepan dengan gangguan seksual daripada bapanya sendiri.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/1EGO705
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment