Usaha menuntut hadiah sebidang tanah lot banglo selama lima tahun dari penaja program Gegar Vaganza (GV) musim keempat akhirnya membuahkan hasil apabila penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, bersetuju dengan 'proposal settlement' yang ditawarkan oleh pihak penaja berkenaan.
Menurut Aishah, dia bukannya tamak tetapi hanya tampil menuntut hadiah yang dijanjikan kepadanya ketika memenangi program realiti itu pada 2017.
"Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung, baru temui penyelesaian. Sebenarnya kalau ikutkan hati, saya tidak mahu kes ini dibawa sehingga ke mahkamah. Tetapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit, mereka meminta diberikan masa.
"Saya tunggu dan beri masa lebih kurang enam bulan. Malangnya tiada sebarang jawapan dari pihak berkenaan dan terpaksa meneruskan kes ini di mahkamah.
"Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja menunaikan apa yang dijanjikan. Salah satu yang kita ralat adalah defendan ketiga adalah seorang yang muflis daripada tahun 2018.
"Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai," katanya.
Dalam video penjelasan peguam yang mewakili Aishah, Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.
"Terdapat proposal settlement daripada pihak penaja dan Aishah sendiri sudah bersetuju. Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja," katanya.
Sumber: Harian Metro, Oh! Bulan
from The Reporter https://ift.tt/p0R38Oy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment