Home » , » 'Azi sangat baik, tiada musuh, komited dalam kerja'

'Azi sangat baik, tiada musuh, komited dalam kerja'

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Rosnazirah Mohd Naim,36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu dari kediamannya dan dibawa ke negara jiran, sehingga kini masih belum ditemui.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah meminta bantuan dari pihak berkuasa Thailand untuk mencari mangsa.


Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Jeneral Wan Seman Wan Salleh berkata, pihaknya telah menjalankan operasi besar-besaran untuk mengesan ejen jualan kosmetik itu. 


"Operasi mengesan mangsa digerakkan sejurus pihak kami menerima gambar mangsa dan juga seorang suspek yang dipercayai antara individu terbabit menculik wanita itu.


"Beberapa siri serbuan telah dijalankan di hotel, stor simpanan barang dan rumah kediaman, namun masih gagal menemukan mangsa," sementara itu. 


Sementara itu, seorang rakan perniagaannya yang dikenali sebagai Su berkata, kehilangan Rosnazirah tu tidak dijangka dan hairan mengapa wanita itu menjadi sasaran sedangkan mangsa seorang yang baik hati dan tiada musuh. 


"Azi seorang yang sangat komited dengan perniagaannya dan menjalankan beberapa jualan produk dan boleh dikatakan tidak pernah duduk diam kerana selalu mengikuti kelas atau bengkel berkaitan. 


"Sejak kehilangannya, kumpulan WhatsApp kami terus sunyi daripada kata-kata perangsang darinya dan agak terkesan kerana dia sangat aktif memberi dorongan. 


"Kehilangannya sangat mengejutkan kami kerana sepanjang mengenalinya, Azi tidak pernah bercerita perihal masalah peribadinya apatah lagi mencari musuh sebaliknya hidup seharianya hanyalah mengenai perniagaan," katanya. 


Seorang lagi rakan mangsa yang enggan didedahkan identiti berkata, dia kesal dan terkilan denagn kecaman netizen terhadap Rosnazirah. 


"Ramai yang bersikap selah-olah tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian penculikan mangsa dengan mengaitkannya dengan kemewahan yang ditunjukkan Azi dalam media sosial. 


"Bagi saya, itu normal kerana selain mendapat keyakinan orang ramai akan kejayaan sesuatu periagaan itu, saya percaya kesenangan yang dimiliki Azi adalah hasil usahanya yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan. 


"Dia dan keluarganya sangat baik dan saya berjumpanya kali terakhir dua bulan lalu ketika mengadakan satu majlis di rumahnya namun tidak mengesan apa-apa yang tidak kena terhadap dia dan keluarga, sebaliknya mereka kelihatan baik-baik sahaja," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Bernama



from The Reporter https://ift.tt/8Jdy3G6
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger