Lapor media tempatan, Anoop menang hadiah wang tunai itu pada awal bulan ini dan kira-kira satu pertiga dari jumlah kemenangan itu perlu dikembalikan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.
Bagaimanapun, Anoop berkata, kehidupannya bertukar menjadi mimpi ngeri dan berharap tidak pernah menang kerana kehidupan keluarganya sudah mula terganggu dengan kehadiran orang ramai yang meminta bantuan daripadanya.
"Saya berharap saya tak menang. Kalau dapat hadiah ketiga pun mungkin dah memadai.
"Pada awalnya saya sangat gembira apabila diumumkan sebagai pemenang, sehingga ada orang dan jurukamera datang ke rumah untuk buat liputan.
"Tetapi sekarang, saya tak boleh keluar dari rumah dan tak boleh pergi ke mana-mana. Anak saya pula sakit dan saya tidak dapat membawa dia berjumpa dengan doktor.
"Apa yang saya nak beritahu kepada semua ialah, saya masih belum mendapat apa-apa wang pun. Tetapi tiada sesiapa yang faham walaupun dah beberapa kali saya jelaskan," katanya.
Tertekan dengan gangguan orang ramai itu, Anoop kini merancang untuk berpindah ke lokasi lain. Sebagai langkah sementara untuk menghentikan gangguan itu, Anoop memaklumkan kepada media bahawa dia akan tinggal di rumah saudaranya untuk seketika.
Difahamkan, kerajaan telah menyediakan bantuan kepada Anoop mengenai cara-cara menguruskan kewangan. Tetapi tidak menjelaskan berapa jumlah sebenar wang kemenangan yang akan diterima dan sama ada akan dibayar sekali gus atau sebaliknya.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/mPaB2A8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment