Video seorang lelaki muda membunuh kucing hamil untuk dimakan, tular di media sosial.
Suspek yang dikenali sebagai, Dani Rachmat, berusia 26 tahun itu berasal dari Kelurahan Gunung Alam, Kabupaten Bengkulu Utara.
Dani didakwa memuat naik video dirinya membunuh dan memasak kucing hamil untuk dimakan melalui akaun Facebook dan Instagram peribadinya.
Menurut Dani, perbuatan itu dilakukan pada jam 1 pagi 11 September lalu di dalam bilik yang membabitkan seekor kucing hamil berwarna putih belang hitam dan coklat. Dani menangkap kucing yang telah dipeliharanya sejak tiga tahun itu, lalu disembelih menggunakan 'cutter'.
Ketika menyiang haiwan itu, Dani mengeluarkan isi perut kucing yang jelas menunjukkan sejumlah janin anak kucing. Mayat kucing dewasa itu kemudian dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimasak. Dani mengasingkan beberapa bahagian daging kucing itu untuk direbus dan digoreng.
Dani mengakui dia sengaja merakam video yang kemudian dimuat naik ke akaun media sosial peribadi miliknya. Malah dia mengakui, perbuatan itu dilakukan kerana dia lapar, terpaksa dan mahu mendapatkan perhatian dari followers di media sosial.
"Saya terpaksa kerana lapar, pada malam itu tak ada makanan. Ada pun makanan tetapi sudah basi," katanya.
Tindakan Dani itu dikecam oleh netizen terutamanya dari golongan pencinta kucing. Ada beberapa individu kemudian tampil membuat laporan polis terhadap Dani atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap haiwan.
Ketua Polis Bengkulu Utara, Andy Pramudya Wardana mengesahkan menerima laporan terhadap Dani. Bertindak di atas laporan itu, pihaknya telah menahan Dani untuk siasatan lanjut.
Polis tidak menolak kemungkinan Dani mengalami masalah gangguan jiwa dan mental. Polis akan meminta kerjasama dari keluarga Dani dan doktor untuk melakukan pemeriksaan mental terhadap Dani yang mengambil masa selama 14 hari.
Selain itu, Dani juga perlu menjalani ujian saringan air kencing bagi kerana polis mendapat maklumat Dani mungkin dipengaruhi dadah ketika melakukan perbuatan keji itu.
Dani kini berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah akta penganiayaan terhadap haiwan yang memperuntukkan hukuman penjara sembilan bulan jika sabit kesalahan.
Polis turut merampas beberapa barang bukti seperti gayung berwarna merah, satu buah panci, sebilah pisau (cutter), gunting dan beberapa lagi barangan lain.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/6wkM8fV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment