Seorang wanita mengalami masalah kesihatan selepas anjing peliharaan anak perempuannya berak di dalam mulut ketika dia sedang tidur.
Amanda Gommo, 51, pada waktu kejadian sedang tidur bersama anjing baka Chihuahua tersebut. Namun anjing itu tiba-tiba tercirit kerana perutnya tidak sihat dan najisnya terkena tepat pada mulut Amanda yang sedang terbuka ketika itu.
Ibu kepada tiga anaknya terpaksa dirawat di hospital selepas dijangkiti jangkitan gastrousus.
"Saya tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang memancut di dalam mulut saya. Saya terus bergegas pergi ke bilik mandi untuk membasuh muka.
"Sebelum itu saya sempat mengambil gambar dan ianya sangat menjijikkan. Saya muntah selama berjam-jam tetapi masih tidak dapat menghilangkan rasa najis itu dari mulut," katanya.
Anak perempuannya kemudian membawa anjing itu ke klinik haiwan dan doktor veterinar mengesahkan haiwan itu dijangkiti pepijat perut yang ganas dan diberikan antibiotik.
Selepas menunjukkan gejala yang sama seperti anjing itu, Amanda menghubungi talian kecemasan untuk menghantar ambulans ke rumahnya.
Paramedik memberi ubat penahan sakit kepada Amanda yang mengalami kekejangan perut dan mengarahkannya minum banyak air untuk membuang sebarang kemungkinan jangkitan.
Gejala yang dialami Amanda semakin teruk dan 48 jam kemudian, seluruh badan Amanda mengalami kekejangan.
Ibu Amanda menghubungi talian 999 dan dia dibawa ke Hospital Diraja Bristol dan disahkan menghidap jangkitan gastrousus berpunca dari najis anjing itu yang memasuki mulutnya. Amanda ditahan di wad selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Walaupun mengalami penderitaan yang tidak diduga itu, Amanda telah memaafkan anjing itu dan bersyukur mereka berdua pulih sepenuhnya. Amanda mengakui dia masih menyayangi anjing tersebut dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/lRdG35m
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment