Home » , » 'Masa nak bayar, terkejut bil harga Yahudi' - Pelancong kesal ada segelintir peniaga di Terengganu cekik darah di musim cuti sekolah

'Masa nak bayar, terkejut bil harga Yahudi' - Pelancong kesal ada segelintir peniaga di Terengganu cekik darah di musim cuti sekolah

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments

Foto hiasan | Jay C Tours

Di musim cuti sekolah, ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak-anak dan keluarga pergi bercuti, meninggalkan seketika kesibukan duniawi dengan meluangkan masa bersama keluarga. 


Bagi yang berkemampuan akan memilih bercuti di luar negara, bagi yang kurang berkemampuan pula cukuplah sekadar membawa keluarga bercuti di pusat peranginan tempatan. 


Namun, seakan sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan peniaga di negara ini yang akan mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda di musim cuti sekolah. 


Peluang itu sepatutnya diguna untuk mengalakkan kedatangan pelancong tempatan, tetapi bertukar menjadi musim mencekik darah dengan menaikkan harga barang atau makanan lebih mahal dari biasa. Hal ini mengundang rasa tidak puas hati orang ramai di media sosial. 


Baru-baru ini, pengendali Facebook Teganukita, mendedahkan pihaknya menerima laporan dari pelancong yang terkejut menerima bil dari sebuah restoran. Caj makanan yang tinggi menyebabkan pelancong berkenaan terus hilang minat untuk datang ke negeri itu di kemudian hari. 


"Sekarang musim cuti persekolahan, ramai yang akan bercuti ke Terengganu. Kelmarin pun sudah penuh dengan kereta bernombor plat luar memenuhi jalan raya di Terengganu, rumah inap desa dan hotel juga dikhabarkan penuh. 


"Alhamdulillah, seronok tengok bumi Terengganu dipenuhi pelancong, pasti rezeki peniaga melimpah. 


"Namun di sebalik itu, ada sedikit rasa terkilan apabila ada peniaga kita yang mengambil kesempatan menjual barang dan makanan dengan harga sangat tinggi. 


"Admin terima laporan ada pelancong singgah makan di restoran. Kemudian masa nak bayar, terkejut dengar bil. Bila ini berlaku, rosak nama negeri kita. Hilang minat pelancong untuk terus berkunjung ke sini, kita juga yang rugi. 


"Jadi pesan admin, janganlah melampau sangat nak mencari untung pun. Bukan semua peniaga, tetapi ada seorang pun sudah cukup merosakkan nama negeri kita," katanya. 


Sementara itu di ruangan komen, netizen terutamanya yang berasal dari Terengganu mengakui sememangnya wujud peniaga cekik darah seperti itu yang secara tidak langsung telah merosakkan imej negeri. 


"Betul admin. Saya orang Terengganu, menetap di luar Terengganu. Ramai jiran dan rakan puji Terengganu cantik, banyak tempat menarik, peramah bagai. Tetapi bab membeli-belah, ramai yang tak puas hati, mahal dan cekik darah," kata Masitah Abdul Kadir. 


"Warga tempatan dilarang pergi ke Pasar Payang pada waktu cuti sekolah sebab 'Yahudi' akan main peranan. Sekian," kata Syazwan.


"Diorang ni tak insaf dari Covid-19 yang mana diorang tak dapat berniaga. Bila dah dapat berniaga, lain pula jadinya, macam nak cover kerugian yang dulu-dulu. Mana boleh macam ni," kata Rahmah. 


"Betul-betul.. saya orang Terengganu sendiri pun terkejut dengar harga tak masuk akal langsung time cuti sekolah," kata Miera. 





Isu kenaikan harga mendadak itu turut diakui oleh seorang peniaga kedai makan di negeri itu, Noor Maziah, yang hairan mengapa ada peniaga sedemikian sanggup menggunakan cara mudah untuk mendapatkan keuntungan cepat. 


"Saya peniaga makanan pun terkejut dengan complaint dari para pelancong yang singgah di kedai saya berniaga. Beratus mereka kena bayar sedangkan mereka makan di kedai kami tak sampai RM50. Hanya RM28 sahaja mereka belanja untuk sekeluarga makan dari jam 10 pagi hingga tengah hari. Kenapalah sesetengah peniaga jadi tamak dan disebabkan sikap mereka, kami yang berniaga secara jujur turut terpalit sama," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/DU4Wi7x
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger