Beberapa hari lalu, tular video seorang pelajar perempuan menangis apabila mengetahui koleksi barangan K-pop miliknya dibakar oleh bapanya. Hal itu mengundang banyak reaksi netizen.
Tatkala ada yang menyokong tindakan si bapa, tidak kurang juga yang mengecam dan mendakwa ibu remaja itu sengaja memuat naik video tersebut untuk meraih publisiti murahan.
Bagaimanapun, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Tasha, 14, tampil memberi penjelasan dan meminta netizen tidak keterlaluan dalam memberi komen yang dibimbangi boleh mengguris perasan keluarganya.
Berkata kepada mStar Online, video itu dimuat naik di TikTok sekadar untuk suka-suka dan luahan kenangan pahit buat dirinya bersama ibu.
"Ayah jenis yang boleh dikatakan alim orangnya. Jadi, dia tak suka hiburan atau jenis macam ni. Saya reda dengan apa yang jadi sebab tak nak sedih lama-lama.
"Selama ini pun saya minat K-pop gitu-gitu je, tak lebih-lebih sangat. Selepas kejadian bakar itu, saya jumpa ayah dan katanya, 'Tak payah dah Korea-Korea ni'. Ayah tahu ada barang-barang ni sebab dia ternampak saya simpan kat sat tempat," katanya.
Menggulas mengenai sesetengah komen netizen, Tasha tidak menafikan ada komen yang agak keterlaluan tetapi dia memaafkan mereka.
"Ada yang sampai kata hantar terus mak ayah yang macam ni kat rumah orang-orang tua. Bagi saya, ia agak keteraluan. Tapi saya maafkan, masing-masing ada pendapat mereka," katanya.
Sementara itu, ibunya, Cik Atienn, juga memohon maaf berhubung penularan video itu sehingga menimbulkan banyak reaksi negatif.
"Saya minta maaf di atas video anak saya yang viral hingga ke international. Ianya telah menimbulkan rasa tidak puas hati ramai orang dan marah dengan tindakan saya, serta telah membuka ruang kecaman terhadap keluarga saya.
@cikatienn ♬ original sound - NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾
"Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa dan saya tak menyangka video itu viral dan trending. Saya maafkan semua yang mengecam dan memfitnah keluarga saya. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan," katanya.
Sumber: mStar Online, TikTok Cik Atienn
from The Reporter https://ift.tt/yPFOTAG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment