Pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun, dalam sesi live di TikTok miliknya baru-baru ini meluahkan rasa sebak dan terkilan dengan kecaman netizen hanya kerana sekeping gambar bersama dengan seorang wanita yang merupakan anak orang kenamaan.
Dalam luahan itu, Ustazah Asma' mengakui dia menerima cacian, penghinaan, fitnah yang sangat berat dari pengguna media sosial. Namun, beliau tidak pula berharap mereka menarik balik kata-kata itu kerana dia memilih untuk memaafkan mereka semua.
"Sahabat yang baik semalam menasihati saya, dia kata 'Asma, terima kenyataan yang kita berada di akhir zaman. Terima kenyataan yang kita berada pada kerosakan akhlak manusia. Terima kenyataan kita akan berdepan dengan cabaran yang lebih dahsyat. Bersedia, bukan keadaan akan menjadi semakin baik. Ingat, tetap ada ramai orang yang ikhlas akan bersama berjuang'.
"Saya tidak mengharap pun pada orang yang rasa dia ada mencaci, menghina, memfitnah dengan fitnah yang sangat berat.. saya tidak harap kalian meminta maaf, tidak. Atau kalian menarik semula (kata-kata), tidak. Saya tidak mengharapkan semua itu.
"Sungguh demi Allah saya tidak mengharapkan semua itu. Itu bukan tujuan saya. Saya maafkan semua dan saya tidak akan tuntut apa-apa di akhirat kelak terhadap kalian.
"Saya sebut lagi sekali, saya tidak ada apa-apa yang disimpan dalam hati walaupun orang itu saya baca, kenal, tahu, saya tidak akan simpan, benci, marah terhadap sesiapa sebab hidup kita sangat singkat untuk kita masukkan rasa benci dalam hati kita terhadap manusia.
"Saya cuma mengharapkan rahmat dan belas kasihan daripada Allah terhadap saya, lalu Allah tidak mencampakkan saya ke dalam neraka kerana kelemahan yang begitu banyak dalam diri saya. Dosa-dosa yang terlalu banyak, yang Allah simpan aib-aib saya begitu banyak. Saya harap itu sahaja.
@dillahussin jangan sedih ustazah, ini lah jalan orang berjuang #ustazahasmaharun #islamituindah #sedih #pejuang #dakwah #maafkan #fitnah #akhirzaman ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw - N.I.A
"Saya tidak akan tuntut apa-apa ke atas fitnah yang begitu jelas, yang saya boleh ambil tindakan saman melalui peguam syarikat saya. Bila ada fitnah yang melampau yang sampai peringkat menghasut, saya boleh pergi sampai ke tindakan saman.
"Saya maafkan semua walaupun kalian rasa kalian tidak bersalah tetapi saya nak selesai di dunia dan akhirat. Walaupun kalian rasa kalian langsung tidak bersalah, kalian ada berkata benar walaupun saya ada hujah yang saya akan berkata di depan Allah kelak," katanya.
Di ruangan komen, netizen turut sebak mendengar luahan pendakwah berkenaan dan mendoakan beliau tetap tabah dan tidak berputus asa menyampaikan ilmu agama.
Sumber: TikTok Dilla Hussin, Portal Keluarga.my
from The Reporter https://ift.tt/wpzBlki
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment