B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi membezakan pendapatan isi rumah bagi masyarakat di Malaysia, yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Bagaimanapun, takrifan itu banyak menimbulkan masalah dan dianggap sebagai kasta bagi membezakan golongan miskin, sederhana dan kaya. Lebih teruk lagi, ada yang mula menubuhkan group di Facebook untuk memperlekeh golongan B40.
Ogos lalu, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pelanggan dobi yang didakwanya merupakan golongan B40, melanggar peraturan yang ditetapkan di kedai dobi layan diri.
Ketidakpuasan hatinya itu kemudian dimuat naik di Facebook group 'B40 Buat Perangai Apa Harini' bagi mendapatkan reaksi netizen yang menyokong kenyataannya itu.
"Ni antara perangai yang saya perasan bila mentaliti B40 dekat dobi layan diri. Kadang-kadang menyirap tengok.
"Washer 10 ke 14 kilogram (kg) kau sumbat sampai tak ada ruang untuk masuk air dah aku tengok. Punca mesin washer rosak dan owner kena tanggung kos repair.
"Ada spesis bawa berbakul baju nak cuci macam sebulan tak pernah basuh. Pastu cop washer macam cop parking kereta kat flat. Bila orang lain nak guna, siap sound 'Eh?! Itu saya punya!'. Kepala bana.
"Kat dobi penuh anak beranak. Kadang-kadang sekampung, padahal kerja dobi boleh settle seorang. (Belum lagi jenis yang) letak sabun tambahan gila banyak, padahal washer dah ada free sabun.
"Dalam gambar tu memang makcik ni datang satu kapal sumbat baju penuh dalam washer 10 kg. Bajet nak jimat. Sorrylah makcik, nasib tak nampak muka je," katanya.
Menurut lelaki itu, dia sememangnya sengaja mahu merakam gambar itu kerana bengang dengan sikap wanita itu yang dianggapnya tidak beradab.
"Terpaksa ambil gambar sebab sikap makcik memang tak ada adab. (Saya) terpaksa dobi sebab travel, so tak perlu komen saya tiada mesin basuh ke apa ye," ujarnya.
from The Reporter https://ift.tt/DXWQBYi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment