Beberapa hari lalu, dua pakar ekonomi berpandangan trend rakyat Malaysia melancong ke Thailand atau luar negara telah menjejaskan ekonomi berikutan pengaliran mata wang ke luar negara.
Tetapi, orang ramai membidas pandangan itu yang dianggap seperti menyalahkan rakyat. Malah mereka juga mempunyai sebab tidak melancong dalam negara, contoh di Pulau Langkawi, kerana kebanyakan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengundang rasa 'takut' pelancong tempatan untuk berkunjung ke pusat pelancongan sedemikian yang mampu membuatkan mereka papa kedana selepas pulang bercuti.
"Siapa suruh caj mahal-mahal kat Langkawi tu? Sewa kereta mahal, hotel mahal, kedai makan mahal, senang cerita semuanya mahal. Kata kawasan bebas cukai, coklat lagi murah kalau beli di Mydin. Baik masuk Thailand je, RM10 macam-macam boleh dapat di sana.
"Hotel, makan, pengangkutan semuanya jauh lebih murah di Thailand berbanding tempat pelancongan kita," kata netizen.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta mana-mana pihak berhenti melakukan provokasi negatif terhadap Pulau Langkawi dengan mengatakan harta hotel dan makanannya mahal kerana ada sesetengah pihak mencetuskan kempen negatif ke atas pulau lagenda itu semata-mata untuk menggalakkan orang ramai melancong ke Thailand.
"Kita tidak boleh menghalang orang nak pergi ke Thailand. Pada masa yang sama, kita juga meningkatkan lagi tarikan di tempat kita, di Langkawi, di tanah besar.
"Langkawi pun mencatatkan kemasukan pelancong yang menggalakkan mengikut Langkawi Development Authority (LADA). Saya tidak ingat angkanya tetapi laporan sehingga Disember 2022, kita akan capai sasaran pelancong ke Langkawi tahun ini.
"Bukan bermakna apabila ramai orang pergi ke Thailand akan menyebabkan kita terjejas, tidak juga," jelasnya.
Sanusi berkata demikian sebagai menggulas beberapa hantaran di media sosial yang menggalakan orang ramai melancong ke negara jiran berbanding Langkawi selepas mendakwa harga barangan dan makanan di pulau lagenda itu jauh lebih mahal berbanding negara jiran.
Beliau melihat, situasi itu bersifat sementara sahaja kerana kerajaan negeri akan berkerjasama dengan agensi-agensi pelancongan untuk mempergiatkan lagi promosi pelancongan di tanah besar dan pulau tersebut.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/sMyKa1R
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment