Ketua Polis Bantaeng, Andi Kumara berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat Misna oleh orang awam pada jam 1 petang, 11 September 2022.
Ekoran penemuan mayat mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan seorang remaja lelaki, Arjun, disyaki terbabit dalam kes bunuh tersebut.
Ketika disoal siasat, Arjun mengaku telah membunuh mangsa pada 1 September 2022 di lokasi penemuan mayat Misna. Malah, Arjun mengaku merancang pembunuhan itu beberapa hari sebelum kejadian.
Arjun juga mengakui mereka pernah menjalinkan hubungan badan kira-kira dua bulan lalu. Tetapi Arjun mula menaruh rasa cemburu apabila Misna memuat naik gambar seorang lelaki yang merupakan kekasih barunya.
Pada hari kejadian, Arjun membawa Misna menaiki motosikal menuju ke satu pusat tarikan pelancong (air terjun). Sampai di lokasi, Arjun mengajak Misna ke kawasan yang jauh dari keramaian di mana tiada sesiapa yang dapat melihat keberadaan mereka.
Arjun kemudian mencium dan mengajak Misna melakukan hubungan badan, tetapi Misna enggan menuruti permintaan lelaki itu dengan alasan dia sedang uzur (menstruasi).
Geram dan sakit hati kerana permintaannya ditolak, Arjun terus mencekik Misna sehingga mati sebelum kepalanya dipukul menggunakan batu bagi memastikan dia benar-benar tidak bernyawa.
Setelah itu, Arjun cuba memotong kaki kanan mangsa dengan menghentak batu di bahagian lutut kaki kanan. Usaha itu dilakukannya beberapa kali, tetapi tidak berhasil dan akhirnya Arjun memulas bahagian kaki tersebut lalu terputus.
Sebelum beredar, Arjun sempat mengambil telefon bimbit mangsa untuk dijual.
Arjun kini berdepan dengan pertuduhan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau paling lama 20 tahun.
Video penemuan mayat mangsa juga tersebar di media sosial. Netizen di negara jiran menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap suspek dan menuntut undang-undang digubal lebih ketat agar kejadian kejam seperti itu tidak berlaku di masa akan datang.
from The Reporter https://ift.tt/58L1rEb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment