Seorang pembantu rumah sambilan warga Indonesia berusia 55 tahun direman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri barang kemas milik majikannya dianggarkan bernilai RM150,000.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan kurang dari 24 jam selepas mangsa berusia 40-an membuat laporan mengenai kehilangan barang kemasnya.
Difahamkan, mangsa menyedari barang kemasnya miliknya hilang dari simpanan di rumah di Kelana Jaya pada jam 7.40 malam Jumaat (2 Sept), lalu membuat laporan polis pada Sabtu, 3 Sept.
Bertindak di atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek di sebuah rumah di Kuala Lumpur pada jam 3 petang hari yang sama.
Penahanan suspek itu turut membawa kepada penemuan barangan kemas yang disyaki hasil kegiatan mencuri. Antaranya 12 kepingan emas 999.9 pelbagai saiz dan berat, empat keping dinar emas, dua cincin emas, rantai bersama loket emas dan dua bekas keluli tahan karat.
Suspek yang mempunyai pasport dan permit bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia sejak 13 tahun lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika didapati bersalah.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/y7L2YJU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment