Home » , » (Video) 'Dia selalu kata saya tak laku' - Isteri khalwat dengan bekas teman lelaki di hotel 5 bintang sebelum dicekup suaminya

(Video) 'Dia selalu kata saya tak laku' - Isteri khalwat dengan bekas teman lelaki di hotel 5 bintang sebelum dicekup suaminya

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments



Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapati isterinya yang berusia 23 tahun menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki lain di sebuah hotel lima bintang di Palembang, Indonesia. 


Si suami yang juga merupakan anggota polis mencekup isterinya berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun di bilik sebuah hotel pada malam Selasa, 30 Ogos lalu. 


Pengadu mengakui dia pada awalnya sudah menaruh curiga dengan kelakuan isterinya yang selalu keluar dari rumah tanpa keizinan dan meninggalkan anaknya yang masih berusia 11 bulan seorang diri. Namun, wanita itu selalu memberikan pelbagai alasan.


Sejak dari itu, pengadu mula mengawasi aktiviti isterinya termasuk aplikasi WhatsApp. Hasilnya, wanita itu benar-benar curang dan pengadu berjaya mencekup isterinya sedang bersama lelaki lain di bilik sebuah hotel. 


Penahanan si isteri yang berpakaian seksi dengan lelaki lain yang hanya memakai seluar pendek itu turut disaksikan oleh beberapa anggota penguatkuasa termasuk kenalan pengadu. 


@triple88888 no comment daahhh🤷‍♀️🤦‍♀️#fypã‚· #perselingkuhan#fyp#CariTerusRasamu ♬ suara asli - triple88888


Turut ditemui dalam bilik hotel beberapa helaian tisu yang telah digunakan dengan kesan-kesan cecair melekit dipercayai milik lelaki terbabit. 


Pengadu juga mengakui bahawa dia mengenali lelaki yang dicekup bersama isterinya itu. 


"Lelaki itu adalah bekas teman lelaki kepada isteri sewaktu di zaman persekolahan. Kalau menurut isteri, mereka sudah menjalinkan hubungan selama satu bulan. 


"Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, mereka sudah lama berhubung dan selalu bertemu di luar dan dihotel, tetapi ketika itu saya tidak mempunyai bukti sehinggalah ke hari ini saya berjaya mendapatkan bukti yang kukuh," katanya. 


Pasangan curang itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. Pengadu juga membuat laporan polis dan akan dibawa ke mahkamah. 


Menyedari video serbuan itu tular di media sosial, si isteri tampil mempertahankan diri dan menjelaskan dia berbuat demikian kerana rumah tangganya sudah tidak bahagia. 


Namun dia sedar perbuatannya itu adalah salah dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan perbuatannya itu. 


Menurut wanita yang dikenali sebagai EP itu berkata, dia selalu dilayan dengan teruk oleh suaminya, Ade Pratama, yang dinikahinya pada Januari 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 11 bulan. 


EP mendedahkan, sejak dia hamil empat bulan, Ade Pratama sudah mula mengasarinya secara fizikal menyebabkan dia terpaksa membuat dua laporan polis. Tetapi laporan itu terpaksa ditarik semula selepas EP dipujuk oleh suaminya.


Berhubung serbuan di hotel lima bintang itu, EP mendakwa Ade sering mengatakan isterinya tidak laku lagi berbanding dirinya yang diingini oleh ramai gadis. Kata-kata Ade Pratama itu menghantuinya menjadikan alasannya untuk curang dengan lelaki bujang bagi membuktikan dirinya masih 'laku'. 



Difahamkan, kes itu kini masih dalam siasatan dan pasangan EP dan pasangan curangnya akan dikenakan tindakan undang-undang. 


Sumber: Tribun Medan



from The Reporter https://ift.tt/4UGjNv8
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger