April 2022, YouTuber Isa Isarb atau nama sebenar, Isa bin Batharul Zaman, 24, menerima banyak kritikan negatif dari netizen susulan tindakannya mempromosi sebuah syarikat perjudian online, M88, yang turut beroperasi di Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Pada waktu itu juga, Isa juga menganjurkan cabaran menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000, dipercayai ditaja oleh syarikat perjudian yang sama. Ketika itu, ada seorang wanita hamil terjatuh dan mendakwa dia telah dipijak oleh orang ramai semasa berebut menyertai cabaran berkenaan.
Pada awalnya, netizen menggesa Isa untuk menarik diri dari terus bekerjasama dengan syarikat itu dan menasihatkannya menyemak latar belakang sesebuah syarikat sebelum bersetuju untuk berkerjasama. Ini kerana ramai pengikut atau penonton saluran YouTubenya beragama Islam dan golongan bawah umur. Namun, tiada sebarang jawapan yang diberikan.
Baru-baru ini, content creator beragama Islam itu tampil menjelaskan ada sebab mengapa dia berbuat demikian. Malah, salah seorang rakannya juga tahu tetapi disebabkan tindakannya memperbesarkan hal itu, dia terpaksa membuangnya.
"Dia (Isarb Shah) macam talam dua muka. Dia tahu sebab saya ambil iklan-iklan M88 pada waktu itu tetapi dia tetap nak memperbesarkan hal itu.
"Masa itu, saya hanya ambil dua episod itu sahaja ada lembaga pengarah syarikat yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.
"Tambahan pula pada masa itu, saya dikejar oleh income tax - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi, disebabkan itu saya ambil (tawaran) dan Shah pun tahu hal itu.
"Masa tu tengah darurat... tapi benda tu memang salah, minta maaf. Tapi dia tahu apa sebab sebenar kita ambil iklan itu," katanya.
Bagaimanapun, penjelasannya itu sekali lagi mengundang kecaman netizen yang tidak dapat menerima alasan 'darurat' yang dianggap tidak masuk akal.
"Kelakarnya alasan, mana belajar? Darurat tu kena faham betul-betul. Kalau tak tahu, bertanya. Ke main bedal je walaupun ada orang dah beritahu?" kata Amir.
"Salute dengan kawan dia yang kena buang dari clan sebab mempersoalkan pengambilan iklan judi. Biarlah si Isa nak cop Shah talam dua muka, yang penting awak tahu halal dan haram," kata Izza.
"Celah mana darurat tu? Aku yang hilang macam-macam time Covid-19 pun macam-macam kerja lain aku buat. Rezeki lain lagi banyak kot," kata Muhammad.
"Tindakan tak cerdik bila cuba nak menjernihkan keadaan yang semua maklum confirm salah. Patutnya kalau tak boleh stop marketing benda salah, buat diam je lah. Bukannya try hard justify lagi tindakan yang salah tu," kata Shazlan.
Sumber: YouTube Isa Isarb, Vocket
from The Reporter https://ift.tt/TgiVOj3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment