Panggilan 'anak dara' telah digunakan sejak dari dulu lagi yang membawa maksud anak perempuan yang sudah besar, tetapi belum berkahwin.
Tetapi panggilan itu kini mungkin tidak boleh digunakan lagi berikutan ada segelintir wanita merasakan panggilan itu boleh menyinggungkan hati dan perasaan mereka.
Kelmarin, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aleesya, memuat naik ciapan yang menegaskan dia tidak gemar dipanggil sebagai anak dara kerana panggilan itu kedengaran seperti perempuan murahan.
"Being called 'anak dara' sounds so cheap. I'm sick of it," katanya.
Tetapi, ciapan tersebut telah dipadamkan selepas ia menerima banyak tohmahan netizen yang tidak bersetuju persepsi negatifnya itu.
Menurut Butter, dia yang merupakan generasi Z tidak mempunyai masalah dengan panggilan itu dan tindakan Aleesya membangkitkan perkara itu di media sosial hanya akan memburukkan generasi mereka.
"Saya dari Generasi Z dan tiada masalah dengan panggilan 'anak dara'. Memburukkan nama Gen Z la orang macam ni," kata Butter.
Begitu juga dengan Machi yang menjelaskan, panggilan itu telah digunakan pakai sejak dari dulu lagi dan tidak faham mengapa ia dianggap sebagai satu panggilan boleh mengguris perasaan sesetengah kaum wanita.
"Tak faham kenapa panggilan 'anak dara' dianggap sebagai murahan. Sedangkan panggilan itu mula digunakan sejak dari zaman nenek moyang kot. Kenapa tiba-tiba jadi murahan pula?" soal Machi.
"TAU DIRI DAH DARA, TAK PERLU SEBUT BERKALI-KALI"
Ada juga yang berpandangan, panggilan 'anak dara' bukanlah membawa maksud yang tidak baik tetapi penggunaannya haruslah di situasi yang betul.
"That dara thing is not bad thing. Cuma penggunaan panggilan itu selalu bukan di tempat yang betul. Last-last offended juga rasanya. I mean, sendiri sedar diri dah dara, no need to say berkali-kali," kata Nikisya.
"Lelaki-lelaki tak payah comment. You're not the one who was referred to as 'anak dara'. Macam tak ada otak je. Asal ada saja isu wanita, mesti kaum lelaki nak ikut memeka. It's simple, not everyone likes to be identify by their marriage status/virginity," kata Lily.
Apa pandangan anda? Benarkah panggilan itu boleh menyinggungkan perasaan kaum wanita?
from The Reporter https://ift.tt/SIB3l0m
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment