Pada minggu lepas, skuad Coverage telah merantau ke Makau dan Hong Kong selama 4 hari 3 malam, menerokai beberapa tarikan pelancong yang telah dihangatkan di beberapa laman sosial.
Walaupun terdapat lebih daripada 30 buah tarikan pelancong yang amat menerujakan, skuad kami telah menyediakan sebuah senarai yang meliputi tempat-tempat yang anda tidak boleh terlepas semasa berkunjung ke Makau dan Hong Kong.
Kedua-dua tempat ini berhampiran sahaja! Dalam masa sejam pun dah boleh sampai dengan menaiki Turbojet. Turbojet ini merupakan salah satu pengangkutan bot yang disediakan oleh kerajaan mereka bagi memudahkan rakyat, jiran rakyat dan pelancong untuk beralih tempat.
Mari kita tengok tarikan pelancong mana yang berjaya tersenarai dalam list The Coverage:
1. House of Dancing Waters (Makau)
Persembahan musikal yang amat menerujakan dan pasti membuatkan anda tercengang. Aksi-aksi yang menantang graviti serta jalan cerita yang mengasyikkan ini harus ditontoni walaupun sekali dalam seumur hidup! Dewan besar ini sentiasa full booking jadi anda mahu pastikan untuk menempah tiket awal-awal.
2. Golden Reel Ferris Wheel (Makau)
Tuah anda pasti akan berubah ke yang lebih baik selepas menaiki Ferris Wheel tertinggi di dunia yang berbentuk nombor 8 ini. Kami mencadangkan untuk menaiki tarikan ini ketika waktu senja kerana pemandangan bandar yang dihiasi lampu amat menakjubkan.
3. Batman Dark Flight (Makau)
Kalau anda peminat Batman maka tarikan ini amat sesuai untuk anda! Bersedia untuk mengembara dan melawan badut-badut jahat yang bermaharajalela di sekitar Bandar Gotham. Kalau anda cepat terasa mabuk akibat pergerakan yang laju dan berulang maka tarikan ini kurang sesuai untuk anda. Ride ini hanya untuk mereka yang berani menegakkan keadilan.
4. Gondola Ride di Venetian (Makau)
Adakah anda seorang yanf romantis? Jika jawapan anda adalah “Ya”, maka anda harus menaiki gondola ride yang di sediakan di Venetian, Macau. Di reka cipta untuk merupai Tanah Cinta, Venice, Venetian ini dilengkapi bukan sahaja dengan sina bina yang menkagumkan malah terdapat juga orang Perancis yang akan menodai anda dengan suara merdu mereka.
5. Macau Tower
Bagi mereka yang suka pengalaman yang lebih extreme, kunjungi-lah Macau Tower! Di sini terdapat aktiviti yang meremangkan bulu roma seperti Bungee Jump, Skyjump, dan Skywalk. Yang mana yang tidak seberapa berani masih boleh mengamati pemandangan menyeluruh Makau dalam bangunan ini dengan selamat di belakang cermin kaca yang condong.
6. Sky Terrace 428 ( Hong Kong )
Tempat ini mesti jadi pilihan hati anda bila berkunjung ke Hong Kong! Di Sky Terrace 428 ini terdapat pelbagai muzium termasuk-lah Madame Tussauds (muzium lilin), Trick Eye Museum (muzium ilusi optikal) dan Chocholate Museum (muzium cokelat). Semua pun kami cadangkan untuk anda kunjung kerana anda pasti tidak akan menyesal.
Tarikan pelancong ini bukan sahaja menempatkan pelbagai muzium malah ia juga merupakan sebuah tempat yang anda boleh menikmati pemandangan luas Hong Kong. Macam mana nak naik ke atas bukit ini? Naik saja Peak Tram! Peak Tram ini cepat penuh tau! Jadi pandai-pandai-lah buat booking dengan agensi travel seperti Klook. Boleh potong line…hehehe
7. Rickshaw Sightseeing Bus ( Hong Kong )
Kalau anda hendak menerokai seluruh Hong Kong sambil menambah ilmu dengan mengetahui sejarah tanah ini, maka sudah pasti ini salah satu tarikan yang anda tidak boleh terlepas. Dalam perjalanan ini, anda juga dapat menikmati makanan ringan kegemaran orang Hong Kong.
Terlepas satu bas? Jangan risau, mesti ada lagi satu bas yang akan tiba di perhentian bas yang tertentu setiap 30 minit.
8. Victoria Harbour ( Hong Kong )
Teringin nak melihat Hong Kong dari sudut yang lain? Victoria Harbour Cruise ini patut tersenarai dalam list perjalanan anda, sebab naik pelayaran ini bukan sahaja boleh menikmati makanan yang sedap tapi juga dapat mengunjung ke pasar malam mereka yang agak terkenal, “Poor Man’s Night Club”.
Sila maklum bahawa pelayaran ini juga menghidangkan minuman alkohol.
9. Wong Kok Night Market ( Hong Kong )
Kalau anda tidak begitu selesa untuk menaiki pelayaran Victoria tadi, tidak mengapa, kerana Hong Kong mempunyai sebuah lagi pasar malam yang mirip dengan Pasar Seni, Kuala Lumpur. Di sini, boleh-lah train skil tawar-menawar anda.
10. Ocean Park ( Hong Kong )
Tempat ini mirip dengan Sunway Lagoon tapi 5-10 kali lebih besar! Di sini anda juga boleh menikmati aksi hebat ikan lumba-lumba sambil menahan rasa geram apabila menengok kecomelan penguin yang terdapat dalam Ocean Park ini.
Kalau nak ber-enjoy di sini, maka kami cadangkan anda mengambil satu hari penuh untuk puas naik semua tarikan.
11. Ngong Ping ( Hong Kong )
Setelah puas merantau bandar apa kata anda menerokai kawasan nelayan, Tai O pula. Ramai yang cadangkan untuk ambil pengambaran atau fotografi di sini kerana pemandangannya teramat-lah indah. Dan jika berminat, anda juga boleh memanjat 268 anak tangga untuk melihat patung Big Buddha yang diperbuat daripada 202 buah gangsa -terletak ditengah-tengah Ngong Ping.
Hong Kong ini tidak-lah begitu berbeza dengan Malaysia. Mereka pun banyak mengunakan Octopus Card yang sama fungsi dengan Touch’n’Go kita. Kalau nak senang, beli-lah satu Octopus Card untuk mudah beralih dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Mana nak dapat Octopus Card ini? Boleh dapatkan dari Klook dan apa yang best-nya kad ini sudah diisi dengan HK$50. Oh! Lupa pula nak bagitahu, semua tarikan yang tersenarai di atas boleh ditempah dengan Klook juga. Skuad Coverage dapat merantau Makau dan Hong Kong dengan mudah dan pantas sebab kita dah beli semua tiket dengan Klook.
Kalau anda kaki layan phone je, baik juga dapatkan Hong Kong Prepaid Sim Card 4G dari Klook. Kad sim ini boleh dikutip dari kaunter A13 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong bersama dengan tiket tempahan yang lain.
Untuk menikmati semua tarikan pelancong yang tersenarai di atas, dapatkan-lah kad I-Venture anda! Murah dan mudah! Skuad kami juga ingin mencadangkan kepada anda untuk membeli Hong Kong Airport Express Train Tickets bagi memudahkan perjalanan anda berulang-alik ke bandar dan airport.
Tunggu apa lagi? Cepat-lah buat booking anda sekarang di Klook!
Inginkan lebih diskaun? Kalau anda booking bersama The Coverage Malaysia, anda boleh menikmati potongan harga sebanyak RM15 dengan menggunakan kod “KLOOKTC” bila membuat pembayaran.
The post Mari Kita Jelajahi Makau Dan Hong Kong Bersama Skuad Coverage appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2f0jItp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment