Home » , » 'Puas kena 'henjut'? Jom pergi balai!'

'Puas kena 'henjut'? Jom pergi balai!'

shamsulazlan | 20:21 | 0 comments

Viral di media sosial, video seorang lelaki bersama dengan beberapa anggota polis menyerbu dan menangkap pasangan kekasih yang dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik hotel. 

Video yang dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai M.K, berkata, dia terpaksa memuat naik video tersebut kerana maruahnya sudah tercalar dan tindakannya itu bagi menyangkal dakwaan kononnya selama ini dia mereka-reka cerita. 

"Maaf sangat-sangat. Sesiapa yang tak suka post ini, tak payah tengok, tak payah komen negatif. Aku terpaksa post video ini sebab maruah aku tercalar. Maruah aku diaibkan di luar. 

"Ada yang kata aku mereka-reka cerita, mereka dan menjaja cerita di merata dunia. Jadi dengan video ini harap semua dah terbukti bukan rekaan. Terutamanya ibu kepada pelakon wanita ini. Semoga dua-duanya dalam drama ini bertaubat," katanya. 

Berdasarkan video berdurasi 50 saat itu, lelaki yang merakam video tersebut masuk ke dalam bilik hotel itu selepas dibuka oleh lelaki berbaju putih. Perakam kemudian berjalan menuju ke bilik air dan sebaik saja membuka pintu, ternampak seorang wanita yang dikenalinya di dalam.






"Awak ini kenapa check in dengan lelaki??" soal perakam sambil menempeleng kepala wanita berkenaan. 

"Mana ada," balas wanita itu. 

"Ini N***  (mereka check in) satu bilik," kata perakam. 

"Kau buat apa sini? Hari itu dah kena tangkap, degil! Kau buat apa kat sini? Mampus kau kali ini," katanya sambil memukul lelaki terbabit sebelum meminta pasangan berkenaan mengikutnya pergi ke balai. 

Menurut M.K, pasangan berkenaan merupakan penjawat awam dan masing-masing sudah mempunyai suami dan isteri. Mereka pernah ditangkap berkhalwat kali pertama pada September 2016 dan kali kedua di sebuah hotel empat bintang di Cyberjaya pada jam 3 pagi, selepas menerima maklumat dari orang awam. 

"Pintu telah diketuk selama hampir setengah jam sebelum pintu hotel dibuka. Siasatan di dalam bilik berkenaan mendapati wanita tersebut berada di tandas."



Bagaimanapun, M.K menjelaskan pasangan itu tidak serik dan masih meneruskan kegiatan mereka. 

Justeru, M.K memuat naik video itu sebagai bukti dirinya tidak mereka cerita seperti yang didakwa sesetengah pihak dan juga bagi membersihkan nama dan maruah dirinya yang telah tercalar. 


from The Reporter http://ift.tt/2wKOWQI
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger