Home » , » Dahi lebam, patah 2 batang gigi selepas dirempuh penunggang motosikal

Dahi lebam, patah 2 batang gigi selepas dirempuh penunggang motosikal

shamsulazlan | 18:35 | 0 comments

GEORGETOWN, PULAU PINANG - Viral video seorang wanita yang sedang melintas jalan di lintasan pejalan kaki (zebra crossing) dirempuh penunggang motosikal yang kemudian meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat itu dilaporkan berlaku pada 25 September, Isnin, pada jam 6.54 petang di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nibong. 


Berdasarkan video tersebut, mangsa berusia 42, bekerja sebagai akauntan, dalam perjalanan untuk menjemput anaknya dari sekolah. Ketika wanita berkenaan sedang melintas jalan di laluan pejalan kaki, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju dan dengan sengaja melanggar lampu isyarat berwarna merah, terus merempuh mangsa. 

Mangsa yang tidak sempat mengelak, terus tercapai lebih kurang satu meter ke hadapan dengan wajahnya terseret di jalan raya. Penunggang motosika terbabit langsung tidak turun, sebaliknya dia hanya memandang mangsa yang cedera sebelum meninggalkan tempat kejadian. 

Beberapa pemandu kereta yang menyaksikan kejadian itu juga langsung tidak keluar untuk membantu mangsa yang cedera dan mangsa kemudian bangun serta berjalan dalam kesakitan sebelum diberi bantuan rawatan oleh beberapa ibu bapa pelajar dan pengawal keselamatan sekolah anaknya. 





Lapor The Star, mangsa kehilangan dua batang gigi depan dan mengalami lebam di bahagian dahinya. 

"Saya tercampak semeter ke depan. Saya takut nak membayangkan apa yang akan berlaku jika kanak-kanak yang dilanggar. 

"Dia menunggang dengan laju, langsung tidak memberi perhatian terhadap pelajar-pelajar sekolah yang selalu menggunakan lintasan pejalan kaki itu," kata mangsa yang enggan namanya didedahkan. 

Mangsa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab penunggang terbabit yang terus melarikan diri. Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. 

Lapor Harian Metro, polis kini sedang memburu penunggang motosikal terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.


Dalam kejadian 6 April lalu, seorang wanita warga emas, berusia 58 tahun, maut selepas dilanggar lari oleh penunggang motosikal yang melanggar lampu merah. 

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, mangsa, Foo Swee Wah, sedang melintas jalan di lintasan pejalan kaki dan secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipandu dengan laju merempuhnya sebelum melarikan diri. 


Mangsa terjatuh dan terhentak di atas jalan, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang, namun disahkan meninggalkan dunia kerana kecederaan teruk di bahagian kepala. 


from The Reporter http://ift.tt/2xDa4FM
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger