Home » , » 'Dia suami saya, dia nak minta duit beli dadah'

'Dia suami saya, dia nak minta duit beli dadah'

shamsulazlan | 02:20 | 0 comments

SUNGAI PETANI, KEDAH - 'Suami tak guna!', itulah gelaran yang sesuai untuk seorang lelaki yang tergamak memukul isteri dan anaknya di kawasan Pasar Tani Sungai Petani untuk mendapatkan wang membeli dadah, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.45 pagi tadi, penagih dadah berusia 30 tahun itu bertindak merampas beg tangan mangsa sehingga menyebabkan berlaku pergelutan. 


Kejadian itu kemudian mendapat perhatian orang awam yang berdekatan untuk datang melihat apa yang berlaku sebelum menahan lelaki terbabit dari terus menyerang isterinya yang berusia 30-an dan anaknya berusia tiga tahun, sebelum diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda. 

Pengarah AADK Kedah, Mahadzir Elias berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah sehingga bertindak agresif terhadap keluarganya sendiri.

"Hasil ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine. 

"Siasatan lanjut akan dijalan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya. 




Berdasarkan video kejadian yang tersebar, lelaki terbabit cuba merampas beg tangan isterinya, namun dihalang oleh beberapa lelaki yang menyaksikan kejadian itu. 

Berang dengan kehadiran orang ramai yang mahu membantu mangsa, lelaki itu cuba menyerang seorang lelaki berbaju kuning, tetapi segera ditepis dan serta merta ditahan. 

Bagaimanapun, mangsa memberi penjelasan bahawa lelaki itu adalah suaminya yang mahu meminta duit untuk membeli dadah dan meminta orang ramai tidak mengapa-apakannya. 


from The Reporter http://ift.tt/2xNw4jj
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger