Yang baru akan lama, yang muda akan tua, yang cantik akan berkedut, begitulah lumrah dalam kehidupan kita. Tetapi seorang lelaki ini langsung tidak bersyukur dengan apa yang ada. Malah tergamak 'makan di luar' dengan pelbagai wanita.
Sehingga satu hari, perbuatan terkutuknya itu diketahui oleh isterinya yang kemudian bertindak membawa anaknya lari ke luar negara. Lelaki itu kini menyesal dan merayu agar isterinya memaafkannya dan kembali ke pangkuannya.
"Assalamualaikum dan selamat malam admin. Alhamdulillah, penantian kami tidak sia-sia. Isteri saya melahirkan anak setelah 7 tahun menunggu.
"Dulu sebelum melahirkan anak, badan isteri saya terlalu cantik dan seksi. Rasa nak terkam saja setiap hari. Tetapi, selepas isteri saya melahirkan anak, perut, paha dan punggung isteri menggerutu.
"Setiap kali bila kami bersama, terasa lemak berkepul-kepul membuatkan saya terasa geli. Tetapi saya berpura-pura kononnya saya bernafsu tetapi sebenarnya tidak. Dan saya rasa perubahan pada tempat intim isteri saya semakin longgar.
"Entahlah, keinginan jantan saya lebih ingin merasa isteri saya seperti dulu, namun hampa. Akhirnya saya mula mencari kepuasan di luar. Saya cuba bermacam-macam dengan pelbagai wanita. Bosan satu, saya cari satu lagi dan begitulah aktiviti luar saya.
"Saya tidak menyangka apa yang saya lakukan telah dihidu oleh isteri tanpa pengetahuan saya. Akhirnya isteri saya lari. Ya Allah, bergegar dunia saya rasakan. ISteri dan anak saya yang lari ke luar negara semasa saya outstation seminggu kononnya ada tugasan di luar tetapi sebenarnya saya enjoy bersama kekasihan gelap ke Bali, Indonesia.
"Sekarang saya menyesal sangat-sangat. Isteri dan anak saya sudah tidak dapat lagi dihubungi. Ya Allah, Ana, maafkan abang Ana. Pulanglah Ana, abang janji tak buat lagi.
"Admin, tolong viralkan min. Harap Ana baca," katanya.
Turut disertakan sekeping surat yang ditulis oleh isterinya yang memaklumkan bahawa dia telah mengetahui perbuatan suaminya.
"Assalamualaikum abang, saat menulis coretan ini, air mata Ana tidak henti menangis. Ana tahu bang, Ana dapat rasa kalau abang sudah mula berubah. Naluri Ana dapat rasa bang."
"Maafkan Ana. Dalam senyap Ana hack WhatsApp abang. Ana baca semua WhatsApp abang. Ana baca semua keburukan dan kekurangan Ana di WhatsApp abang."
Mesej kepada tiga orang wanita yang berzina dengan abang. Ana stop buka WhatsApp abang. Ternyata bukan tiga tetapi ramai sangat."
"Ana tak salahkan abang. Anak dah tahu kekurangan Ana atas apa yang Ana baca di WhatsApp abang. Maafkan Ana sebab tidak sedar akan kekurangan Ana. Maafkan Ana abang, Ana ambil semua wang simpanan kita. Ana rasa nak sambung belajar. Anak nak capai cita-cita Ana."
"Kalau abang nak kahwin lagi, abang kahwinlah dan Ana akan pulang suatu hari nanti untuk uruskan proses cerai kita. Terima kasih abang,"
Bakal Bekas Isterimu, Ana
Sumber: Kisah Rumah Tangga Fans (KRTF)
Hendak rasa menyesal sudah tiada gunanya lagi. Sebab itu, berkahwin bukan hanya pada paras rupa cantik/kacak, kaya/sederhana, tetapi setia dan sanggup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain.
from The Reporter http://ift.tt/2wjjILq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment