Home » , » 'Saya maafkan mereka semua'

'Saya maafkan mereka semua'

shamsulazlan | 19:21 | 0 comments

KUALA LUMPUR - "Umi doakan semoga anak-anak Umi yang dah terlanjur ini menjadi anak-anak yang soleh, lagi bertaqwa dan menjadi hamba Allah yang hebat di sisi Allah di dunia dan di akhirat kelak. 

"Umi maafkan kamu semua dan Umi tak pernah salahkan kamu semua. Semuanya sudah tertulis di suratan Allah. Moga ini adalah permulaan Allah ingin menjadikan kamu semua anak yang soleh. Aamiin," demikian kata ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Khamis lalu. 

Ibu mana yang tidak bersedih bila anaknya ditimpa kejadian yang tidak diingini, namun wanita ini memilih untuk memaafkan semua suspek yang terlibat dalam kes kebakaran itu. 

Sayu membaca setiap kapsyen gambar arwah pelajar tahfiz yang terkorban, Danieal, yang dimuat naik oleh Nen Dsign di Facebooknya. Betapa tabah dan kuatnya beliau menerima dugaan ini. 


"Umi sayang abang, tunggu Umi di pintu syurga. Terima kasih saya ucapkan buat semua yang mendoakan Danieal dan atas semua sumbangan yang telah diberikan. Dialah anak syurga saya.

"Nanti Umi akan peluk abang lagi di syurga. Abang tunggu Umi ye. Umi sayang abang sangat-sangat. 

"Ya Allah, Engkau jadikan anak-anakku di antara tahfiz-tahfizMu dan syahid-syahidMu. 

"Itulah antara doa yang tidak pernah saya tinggalkan setiap kali selepas solat. Alhamdulillah, Engkau dah makbulkan doaku Ya Allah.

"Abang, sejuk perut Umi mengandung dan melahirkan kamu. Umi sentiasa ingat kata-kata abang setiap kali abang nak tinggalkan Umi pergi ke Kuala Lumpur. Abang peluk Umi dan abang bisikkan di telinga Umi;

"Umi, abang sayang Umi. Abang nak tolong Umi. Abang tak nak Umi susah-susah lagi. Abang nak Umi bahagia. Dah lama Umi susah untuk abang dan adik-adik." 


"Saat itu abang peluk Umi erat-erat. Umi cakap Umi tahu abang anak yang soleh. Umi tak kisah pun umi susah untuk anak-anak Umi. Umi rela korbankan segala-galanya untuk anak-anak Umi walau nyawa Umi sekalipun.

"Abang tatap mata Umi dan abang senyum. Abang cium pipi dan dahi Umi. 

"Abang janji abang akan tolong Umi suatu hari nanti." 


"Abang sentiasa ulang ayat yang sama setiap kali abang nak tinggalkan Umi dan sekarang abang pergi tak kembali. Tapi Umi tahu abang menunggu Umi di pintu syurga untuk menjemput Umi masuk ke syurga firdaus. Umi bangga dengan abang. InsyaAllah adik-adik abang juga Umi akan masukkan ke sekolah tahfiz seperti impian abang.


"Terima kasih buat mereka semua kerana menjadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka di antara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa," katanya. 

Dalam kejadian Khamis lalu, asrama di tingkat tiga pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar angkara tujuh remaja yang berdendam dengan pelajar tahfiz ekoran perselisihan faham beberapa hari sebelum kejadian, telah mengorbankan 21 pelajar tahfiz dan dua kakitangan pusat tahfiz.

Menurut pihak polis, enam dari tujuh suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis ganja dan motif kejadian itu adalah mahu membakar bangunan tahfiz. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2haplcX
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger