Home » , » Kanak-kanak menggelupur selepas tertelan serbuk pencuci mesin basuh

Kanak-kanak menggelupur selepas tertelan serbuk pencuci mesin basuh

shamsulazlan | 21:49 | 0 comments

CHINA - Satu pasangan suami isteri di Fuzhou menyangka anak perempuan mereka tidak mampu untuk membuka pintu kabinet, tetapi sangkaan mereka itu meleset sama sekali. 

Lapor Apple Daily, kanak-kanak perempuan berumur dua tahun bernama Xiaoyun, mengalami kecederaan teruk di mulut dan kulitnya selepas tertelan serbuk pencuci yang ditemuinya dalam kabinet di rumahnya. 

Serbuk pencuci yang ditemuinya itu adalah serbuk pencuci mesin basuh, yang mana bungkusannya berwarna warni yang terang, mungkin menarik perhatian mangsa untuk mengambilnya. 

Kejadian itu berlaku pada 24 Ogos lalu, apabila Xiaoyun seperti biasa bermain di rumah dan ternampak bungkusan tersebut lalu mula mengunyah plastik bungkusan itu. 

Bagaimanapun, plastik itu bocor dan sebahagian serbuk pencuci itu tumpah. Menyangka serbuk itu adalah serbuk susu, Xiaoyun kemudian menelan sedikit serbuk itu. 


Kanak-kanak itu kemudian mula mengelupur dan menangis sebelum ditemui neneknya yang cuba membantunya memuntahkan kembali serbuk pencuci itu. 

Salah seorang ahli keluarga cuba membasuh mulut mangsa dengan air suam dan minyak masak bagi meredakan kesakitan yang dialami. Malangnya tiada sebarang perubahan dan Xiaoyun hanya mampu menangis dengan air lirunya meleleh. 

Beberapa minit kemudian, keadaan Xiaoyun menjadi semakin buruk apabila bibirnya menjadi unggu dan mengalami pendarahan di sekitarnya.  Mangsa terus dikejarkan ke hospital, tiga jam selepas tertelan serbuk pencuci mesin basuh tersebut. 

Menurut doktor, mangsa mengalami luka terbakar dan kecederaan di dalam saluran pencernaannya termasuk beberapa bahagian tubuhnya kerana ia telah menjejaskan kulitnya ketika dia panik. Mangsa kini masih menerima rawatan di hospital, namun tidak diketahui keadaannya yang terkini. 

Doktor berkata, jika kanak-kanak secara tidak sengaja terminum bahan-bahan berbahaya, mereka harus dibawa ke hospital dalam masa enam jam dan tidak cuba untuk membuatkan mangsa muntah kerana tindakan itu boleh menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk. Ibu bapa juga harus membawa bahan berbahaya itu ke hospital agar doktor dapat menentukan rawatan yang bersesuaian pada mangsa. 

Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak meletakkan bahan-bahan atau peralatan yang berbahaya di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.


from The Reporter http://ift.tt/2faaafW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger