Home » , » 'Dia (scammer) marah bila saya beritahu amaun dalam akaun bank tinggal puluhan ringgit'

'Dia (scammer) marah bila saya beritahu amaun dalam akaun bank tinggal puluhan ringgit'

shamsulazlan | 06:16 | 0 comments

Saya baru saja tadi dapat telefom scam kononnya daripada IPD Putrajaya. Masa tengah elok kerja tadi, tiba-tiba nombor +603-8886 2222 ini naik. Katanya Koperal Izwan dari IPD Putrajaya. 

Saya cakaplah saya tengah sibuk sebab tengah kerja, dia pun sound balik cakap ini melibatkan kes jenayah berat. Nombor IC saya didapati terlibat di dalam kes kemalangan langgar lari 8hb Sept lepas jam 11.30 malam di Jalan Macalister. Mangsa koma, serius ini kes jenayah berat. Saya pun susah hati juga tapi saya teringat yang ada dengar kes scam polis Penang. Jadi saya 50/50 teruskan jugalah.

Kemudian dia sambungkanlah saya kepada satu nombor ni kononnya nombor IPD Timur Laut. Sementara dia nak sambungkan tu, adalah bunyi background berbunyi: 


"Nombor anda akan disambungkan ke IPD bla bla.... Sila tunggu sebentar." macam real saja. 

Kemudian ada seorang individu ini tanya macam-macam. Dari gaya percakapannya, seperti orang Cina. Katanya, nama dia Koperal Wan Rosli, dia berasal dari Sabah. Tetapi saya bunyi macam menipu saja. Sebelum dihubungkan kepada IPD Timur Luat, Koperal Izwan tadi ada berpesan pada untuk beri semula nama penuh, nombor kad pengenalan dan butir-butir kejadian pada orang tadi. Saya pun berilah seperti yang dipinta. 

Kemudian dia menyoal siasat saya. Menurutnya, nombor kad pengenalan saya terkait dengan kereta Toyota Vios berwarna putih, nombor pendaftaran WLA7966. Kereta yang sama dikesan berada di tempat penghasilan dadah. Tiga penjenayah telah ditangkap dan nombor kad pengenalan saya dikesan terlibat dan digunakan untuk membuka akaun bank di Affin bank, di Seremban berserta dengan transaksi RM2 juta. 


Selepas cerita akaun bank Affin itu, masa itulah dia menyoal siasat dan tanya berapa amaun yang ada dalam akaun bank. Saya eritahulah bank apa, tetapi satu persatu dia tanya berapa amaun yang tinggal. Katanya nak siasat kerana kononnya saya mempunyai kaitan dengan sindiket dadah RM2 juta. 

Masa ini saya dah rasa lain macam. Saya beritahu amaun dalam akaun bank tidak banyak yang tinggal. Hanya berbaki puluhan ringgit sahaja. Dia marah saya balik dan tanya kenapa amaun tinggal sedikit? Mungkin dia kecewa agaknya. Saya beritahu saya bayar banyak hutang. 

Oleh kerana dia sudah tahu bahawa saya tidak mempunyai wang yang banyak dalam akaun bank, dia tidak lagi berminat bertanya tentang nombor akaun bank sebab dia ada petik nama Bank Negara tadi. Hampir 45 minit juga saya bersembang dengan dia. Saya bazirkan 45 minit untuk melayani perkara yang tidak mendatangkan faedah ini. 

Akhirnya selepas selesai call, saya terus menghubungi IPD Putrajaya dan perkara pertama yang pegawai bertugas beritahu, itu adalah scam. Saya pun membuat carian di Google dan mendapati panggilan itu memang panggilan scam. Ramai juga yang sudah menjadi mangsa dengan modus operandi yang sama kecuali tarikh yang berbeza. 


Berhati-hati kawan-kawan semua, terutama sekali kalau dipetik jalan cerita yang sama seperti terjadi pada saya iaitu langgar lari di Jalan Macalister, kereta Toyota Vios berwarna putih, nombor pendaftaran WLA7966. Itu semua palsu dan dipercayai hanya untuk mengabui minda mangsa bagi mendapatkan maklumat peribadi dan juga maklumat akaun bank. 

Sumber: Faiz Azrai


from The Reporter http://ift.tt/2wpDwMW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger