Home » , » Elakkan beli rumah 'design moden' seperti ini yang merugikan pembeli

Elakkan beli rumah 'design moden' seperti ini yang merugikan pembeli

shamsulazlan | 22:53 | 0 comments

Mengapa bumbung rumah pendek?

Kebelakangan ini, pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini semakin menjadi kegilaan para pembeli. Bila bumbung direkabentuk pendek seperti ini, sebenarnya ia tidak berfungsi sebagai pelindung cuaca yang baik untuk rumah kita. 

Fungsi bumbung selain memberi 'rasa' cantik, ia juga berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat. Apabila bumbung rumah direka pendek seperti dalam gambar, cahaya matahari akan terus terpancar ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti span pencuci di mana haba panas akan diserap dan disimpan rapi. 

Apabila tiba waktu malam, dinding rumah akan melepaskan haba yang disimpan pada waktu siang tadi. Menjadikan rumah yang kita duduk akan terasa seperti dikukus dalam 'steamboat'. 

Kesannya? Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa. Walaupun pada waktu itu hujan turun, haba panas tetap ada. Ini akan menyebabkan kos bil elektrik setahun membuatkan hati kita cepat terluka. 

Bumbuing pendek seperti ini juga mendatangkan masalah di waktu hujan lebat di mana air hujan akan masuk ke dalam bumbung atau siling rumah kita. Lebih malang apabila ada kalanya air masuk terus ke dalam rumah. Selepas hujan, bolehlah bela ikan dalam rumah.

Pemaju menjana keuntungan dari design modern seperti ini, mereka jimat kos bahan binaan kerana hanya sedikit kepingan genting yang digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'. 

Bagaimana kita hendak tahu bahawa design hebat ini gagal? Bila ramai pemilik rumah buat bumbung tambahan (awning) dan pasang penghawa dingin sepanjang malam. 

Elakkan dari membeli kediaman yang rekabentuk moden, canggih dan berwawasan ini, selain dari rekabentuknya yang semakin kecil dan akan merugikan pembeli. Rekabentuk kediaman yang baik tidak semestinya cantik, apa yang penting ialah ia berfungsi dengan baik. 

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Semoga anda jelas dan faham dengan apa yang saya sampaikan. 














AZIZUL AZLI AHMAD (PhD)
Falkulti Senibina, Perancangan & Ukur, UITM Perak


from The Reporter http://ift.tt/2wuCu5J
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger