Artis Malaysia yang kini telah telah berjaya menempa namanya di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai adalah antara kebanggaan rakyat Malaysia.
Ramai yang telah menjadikan wanita yang berkarisma ini sebagai idola mereka.
Namun, kita tidak tahu disebalik kejayaan Yuna di negara besar tersebut, tidak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.
Amat jarang sekali Yuna ingin berkongsikan kisah peribadinya kepada umum apatah lagi perkara suka dan duka yang dialaminya sebelum berjaya di Amerika syarikat. Baru-baru ini juga, Yuna sudi berkongsi keperitan yang telah dilaluinya sebelum mengecapi kejayaan yang diciptanya kini.
Rm50 berkongsi bersama anggota band
Setiap kejayaan kita dapat tidak kiralah besar ataupun kecil, kita sebenarnya tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang akan membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang bangga apabila mereka memperoleh suatu kejayaan yang mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya tahu ada orang yang akan membantu saya ketika saya tidak mempunyai apa-apa. Pernah juga saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew-krew. Ada masanya mereka juga akan bekerja secara percuma kerana kami tidak dibayar.
Hanya makan sardin dan juga mi segera saja
Semasa awal-awal saya berhijrah ke LA, saya hanya makan sardin dan juga mi segera saja selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan disana terlalu mahal. Tapi saya ada rakan yang selalu juga membantu saya dan membeli barang makanan. Semua perkara itu akan saya ingat sampai bila-bila. Terima kasih.
Setiap kejayaan seorang yang bermula dari bawah sehinggalah dia berjaya menempa nama di negara orang bukanlah sesuatu yang senang. Kita sebagai peminat ini hanya akan nampak sisi senang mereka sahaja tetapi sisi susah mereka hanya dijadikan ingatan sampai bila-bila. Apabila kejayaan itu di capai, segala penat lelah, lapar dahaga mereka selama ini berbaloi.
The post “Hanya Makan Sardin Dan Mi Segera Sahaja Sebelum Mencipta nama Di Amerika Syarikat” – Yuna Zarai appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2xJARCN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment