Home » , » 5 Artis Malaysia Ini Tak Perlu Popular di Negara Sendiri

5 Artis Malaysia Ini Tak Perlu Popular di Negara Sendiri

shamsulazlan | 11:39 | 0 comments

Hubungan Indonesia dan Malaysia memang tak sekadar sebagai negara jiran. Artis-artis dari kedua negara ini juga kerap bekerjasama beradu dalam lakonan sebuah filem perak.

Bahkan beberapa artis Malaysia banyak yang mengadu nasib di Indonesia dengan membintangi sejumlah filem di Indonesia. Siapa sahaja mereka ya?

1.Miller Ali

Aktor kacak Miller Ali memang memiliki karier yang cukup bersinar di Indonesia. Miller mula berlakon sebagai bintang iklan mi segera bersama Luna Maya. Sejak saat itu dia mula mendapat tawaran berbagai sinetron dan filem di Indonesia seperti Hantu Perawan Jeruk Purut, Cintapuccino, dan Bukan Bintang Biasa.

2. Bront Palarae

Nama Bront Palarae sangat terkenal di Malaysia. Bukan setakat sebagai aktor, jejaka macho berusia 38 tahun ini juga dikenali sebagai screenwriter, director, dan penerbit. Filem-filem Indonesia yang pernah dibintangi Bront antara lain My Stupid Boss, Headshot, dan yang terbaru Pengabdi Setan.

3. Keith Foo

Aktor 34 tahun sering terpalit kontroversi ini banyak membintangi filem-filem Indonesia. Dia pernah bersama dengan Nadine Chandrawinata dalam filem Mati Suri. Selain itu dia juga membintangi filem Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta, Pengantin Pantai Biru, dan Akibat Pergaulan Bebas 2. Sayangnya, sejak tahun 2012 namanya mulai hilang di Indonesia. Dia kini memilih untuk berkarier di Malaysia.

4. Ashraf Sinclair

Siapa yang tak kenal dengan Ashraf Sinclair? Suami Bunga Citra Lestari ini memang sangat dalam dunia lakonan di Indonesia. Karier lakonana pertamanya di Indonesia dilalui bersama BCL selepas filem Saus Kacang. Selain itu, Ashraf juga pernah berlakon bersama dengan Nabila Syakieb suatu ketika dahulu dalam filem The Real Pocong.

5. Nur Fazura

Artis jelita menjadi sebutan ramai masa kini, Nur Fazura kebelakangan ini memang sedang mencipta nama di Indonesia. Tak sekadar cantik, wanita kelahiran Pahang ini juga dianggap sukses membintangi filem Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 1 dan Part 2. Selain itu, Nur Fazura juga dikhabarkan akan membintangi filem Ayat-Ayat Cinta 2.

The post 5 Artis Malaysia Ini Tak Perlu Popular di Negara Sendiri appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hTiBN5
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger