Dalam semua hubungan cinta yang telah terjalin sekian lama pasti setiap pasangan mendalami dan memahami dengan perangai pasangan masing-masing, boleh dikatakan tiada rahsia lagi diantara mereka.
Setelah lama bercinta dan akhirnya percintaan itu menjanjikan perkahwinan yang telah lama dirancangkan. Tetapi, malangnya apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan selepas hari yang bersejarah itu bertukar menjadi peristiwa tragis yang amat memalukan.
Malam pertama seorang wanita dari Makassar, Indonesia tidak lagi seindah impian selepas mendapat tahu tentang perkhabaran suaminya itu sebenarnya adalah seorang perempuan yang selama ini yang dia cintai dengan perwatakan seorang lelaki sejati.
Harian Metro melaporkan, wanita malang tersebut bernama Syarifah Nuru Husna yang berusia 20 tahun telah pun diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17 September lalu.
Walau bagaimanapun, semuanya telah terbongkar pada malam pertama perkahwinan mereka selepas Syarifah mendapati suaminya itu memiliki alat kelamin wanita. Dia yang amat terkejut dengan peristiwa itu seolah-olah tidak percaya bahawa lelaki yang dia cintai selama ini adalah seorang wanita.
Selepas mendapat tahu tentang jantina sebenar suaminya itu, Syarifah tanpa berlengah terus melaporkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya sebelum membawa Rahmat ke balai polis untuk membuat laporan.
Setelah laporan polis dilakukan, suaminya itu akhirnya telah mengaku bahawa dia adalah seorang wanita yang mempunyai nama sebenar sebagai Rahmayani. Dia juga telah membuat pengakuan bahawa turut menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama Rahmat Yani dengan tujuan untuk mengahwini Syarifah.
Difahamkan, pasangan terbabit telah menjalinkan hubungan cinta selama 6 bulan sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas saling menyintai antara satu sama lain.
Menurut salah seorang ahli keluarga Syarifah yang bernama Maemuna, Rahmat dikatakan tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri kewanitaan memandangkan dia mempunyai suara yang lantang seperti seorang lelaki.
Menurutnya lagi, dia dan keluarganya langsung tidak mengesyaki bahawa Rahmat adalah seorang wanita dan kerana itulah mereka terus menerima lamarannya selepas meminta untuk berkahwin dengan Syarifah. Rahmat juga dikatakan pernah menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera jantinanya sebagai seorang lelaki, jelasnya.
Malang bagi Syarifah kerana kecewa selain merasa ditipu selepas selama ini dia begitu menyayangi Rahmat dan akhirnya mendapat tahu lelaki yang dia sayangi itu adalah seorang perempuan.
The post Isteri Terkejut & Tergamam Pada Malam Pertama Selepas Mendapat Tahu Suaminya Punyai Alat Kelamin Wanita appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2gI0oSR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment