Home » , » Suami, ringankanlah mulut untuk ucap 'Terima Kasih' kepada isteri

Suami, ringankanlah mulut untuk ucap 'Terima Kasih' kepada isteri

shamsulazlan | 18:40 | 0 comments

Adakalanya suami terlupa nak ucapkan terima kasih kepada isteri yang telah banyak membantu kita sama ada dari segi kerja atau rumahtangga. Ringankanlah mulut mengucapkan terima kasih, selain itu bantulah isteri melaksanakan kerja-kerja di rumah. Bila bersama-sama melakukannya, inshaAllah suami faham mengapa kepenatan isteri. Bila dah faham, pasti suami takkan biarkan isteri seorang diri menguruskan rumahtangga. 

Bagi sesetengah orang, ucapan terima kasih itu mungkin kelihatan remeh. Namun, bagi isteri ianya sedikit sebanyak dapat melegakan hati mereka. Mungkin sukar untuk menggambarkannya atau tiada kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan, tetapi bagi yang sudah berumahtangga pasti akan faham. 

SEBAK, rasa nak menangis. Tadi ketika saya nak mengisi minyak kereta isteri saya, ada sebuah kereta di sebelah saya yang juga mahu mengisi minyak. Pemandunya seorang wanita, bersama dengannya ada lima orang anaknya yang masih kecil. Sedang mereka melintas untuk ke kaunter dalam, dua anak kecilnya bergaduh dan menangis. Bila masuk ke dalam, seorang anaknya berlari ke luar. Saya tolong kejar kerana ada kereta yang seperti tidak perasan kehadiran anak kecil itu. Saya terus pergi ke arah wanita tadi, saya tolong melayan anak-anak kecilnya. 

Mukanya kelihatan pening, penat, panik dan sedih. Saya tolong bawa anak-anaknya ke kereta dia. 

"Tak apa, saya tolong isi minyak. Akak duduk dalam kereta, tak apa." kata saya kepadanya. 

Saya tahu wajah seperti itu. Wanita juga adalah manusia, perlu berehat. Ya Allah, sambil mengisi minyak teringat pada bidadari saya di rumah. 

Selalu saya tolong isikan minyak kereta saat ada di rumah. diam-diam saya bawa keluar keretanya di waktu Subuh atau tengah malam untuk isi minyak. Tapi kadang-kadang saya pun tak ada di rumah. Ya Allah. Saja tak beritahu. 

Keesokan harinya mesti dapat mesej;

"Terima kasih abang sebab tolong isikan minyak penuh"

"Terima kasih tolong jaga anak. Terima kasih jaga abang dengan baik. Terima kasih sayang abang. Terima kasih mandikan anak-anak semasa abang tiada di rumah. Terima kasih basuh baju abang. Terima kasih masakkan untuk abang. Terima kasih semuanya sayang," balas saya.

Sebak dapat terima kasih. Cuma satu yang saya buat, isteri kita di rumah buat semua. Tapi ada orang lupa ucapkan terima kasih kepada isterinya, pada orang yang tersayang. 

Tak terbayang betapa kuat dan tabahnya seorang isteri. Bawa lima orang anak, isi minyak kereta. Buat diriku dan para suami, lihatlah isterimu. Bantulah isi minyak, bantu kerja rumah sikit-sikit, bantu dengar luahan hati mereka. Bantu doakan mereka Allah beri kekuatan dan ketabahan, bantu surprisekan mereka dengan kebaikan. Bukan dengan benda yang bukan-bukan, dengan menyakiti mereka, curang pada mereka. Jangan suka marah-marah pada isteri dan anak-anak.

Selepas isi minyak, kakak itu terus pergi, tak cakap terima kasih. Saya faham, pening uruskan anak-anak yang merengek dan menangis. Pernah ada wanita masuk kereta saya bawa anak-anak. Dia terkejut apabila menyedari dia tersalah masuk kereta. 

Ya Allah, mudahkanlah buat wanita ini, mudahkanlah bidadariku, mudahkanlah semua wanita di luar sana. Bahagiakanlah mereka. Ya Allah sampaikan doaku buat mak tercinta. Ya Allah semua kebaikan yang kau terima dari majlis keluarga sunnah ini saya hadiahkan buat mak ayah yang saya cintai. 

Sumber: Ebit Lew

Untuk dapatkan lebih banyak ilmu dan tips rumahtangga yang menarik, sila layari Facebook Ustaz Ebit Lew. Semoga bermanfaat. 


from The Reporter http://ift.tt/2y5KU57
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger