Selepas mengemumumkan kehamilan Datuk Siti Nurhaliza, suami penyanyi terkenal itu, berharap dikurniakan anak perempuan selepas memiliki empat anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Berdasarkan sumber, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, 58, berkata, sepanjang 11 tahun mereka berkahwin itu adalah perkara yang dihajati dan diimpikan.
“Alhamdulillah, ini adalah anugerah yang tidak ternilai. Selama 11 tahun kami menanti, Allah berikan rezeki ini. Berkat kesabaran, Allah makbulkan doa kami.
“Diakui, sebelum ini kami sudah berusaha dalam pelbagai cara termasuk mengurut dan rawatan tradisional. Namun, semuanya tidak berjaya. Mungkin kali ini baru Allah nak berikan rezeki itu.
“Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu.
“Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula,” katanya.
Sepanjang tempoh kehamilan, Siti tidak boleh berenggang dengannya dalam tempoh lama, tambahnya.
“Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya. Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya.
“Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah,”katanya yang tidak mengalami sebarang alahan.
The post ”Sejak Hamil, Siti Tidak Boleh Berenggang Sekejap Dengan Saya,” Datuk K Teruja, Teringin Anak Perempuan appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2gI35E4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment