PULAU PINANG - Pasangan suami isteri terjaga dari tidur dan terkejut apabila melihat telefon bimbit jenama Samsung milik suami tiba-tiba bercahaya, rupa-rupanya terbakar.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Mira Amira, berkata, telefon bimbit suaminya yang sedang dicas itu terbakar ketika dia, suami dan anak kecil mereka sedang tidur nyenyak.
"Biasa tersedar bangun masa buat susu anak. Tengok jam, baru jam 1.30 pagi. Bukan waktu buat susu anak.
"Tetapi kali ini saya dan suami bangun, ternampak benda bercahaya, rupa-rupanya api dah marak di telefon bimbit suami," katanya.
Menurut Mira, kebakaran kecil itu berlaku berpunca dari tempoh cas telefon bimbit lebih dari tempoh yang ditetapkan. Bagaimanapun bersyukur suaminya berjaya memadamkan api dari merebak.
"Puncanya, cas dua jam lebih. Kelam kabut cik suami padamkan api. Syukur Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami," katanya.
Justeru, Mira menasihatkan orang ramai untuk tidak mengecas telefon bimbit mereka ketika tidur kerana bimbang kejadian yang sama berulang dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
"Peringatan untuk kita semua, jangan cas telefon semasa kita nak tidur. Perkara buruk nak terjadi, kita tak dapat nak jangka. Perlu sentiasa beringat.
"Jahanam telefon tak apa, jangan hilang nyawa satu keluarga," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2z3dlSj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment