Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.
Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.
"Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB.
"Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah.
Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.
"Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah.
"Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB," katanya.
Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
from The Reporter http://ift.tt/2iJKGur
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment