Sebenarnya untuk menjadi sebuah negara, tidaklah memerlukan wilayah atau kawasan yang luas. Malah jumlah populasi penduduk juga bukan menjadi ukuran untuk membentuk sebuah negara.
Tahuklah anda terdapat negara yang tersangat-sangat kecil di dunia ini hinggakan anda sendiri tidak akan percaya bahawa ia adalah sememangnya sebuah negara.
Jom lihat 5 negara yang paling kecil di dunia.
1. Sealand
Sekilas pandang, ia hanya nampak seperti sebuah pelantar minyak lama yang usang. Tapi hakikatnya ia adalah sebuah negara!!! Terlertak 9.6 kilometer daripada pantai Suffolk, England, Sealand yang hanya berkeluadan 1.6 kilometer persegi ini diwartakan sebagai sebuah negara.
2. Liberland
Negara Liberland terletak di tengah-tengah antara Croatia dan Serbia. Negara ini hanya berkeluasan 8 kilometer persegi sahaja. Ia tidak mengandungi sebarang kediaman mahupun bangunan tetapi hanya mempunyai ladang dan kawasan hutan. Dasar undang-undang negara ini adalah semua orang berhak menjadi warganegara kecuali mereka yang megamalkan kefahaman Nazi serta yang mempunyai rekod jenayah.
3. Vatican
Ia merupakan salah satu negara terkecil dunia. Hanya berkeluasan 44 hektar, Vatican memiliki populasi penduduk sekitar 1,000 orang. Sumber utama pendapatan negara ini adalah hasil daripada penjualan buku, cenderamata serta tiket muzium yang ada di negara ini.
4. Monaco
Berkeluasan hanya 2.02 kilometer persegi, Monaco juga memiliki status sebagai sebuah negara berdaulat. Namun pertahanan negara ini masih lagi bergantung kepada Perancis.
5. Nauru
Terkenal dengan nama Pulau Pleasant sebelum ini, negara Republik Nauru menjadi sebuah negara berdaulat sejak 31 Januari 1968. Negara ini terletak di Lautan Pasifik dan hanya berkeluasan 21 kilometer persegi.
The post 5 Negara Paling Kecil Di Dunia appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2gJet2L
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment