Permainan ‘mati 5 saat’ bukan sahaja boleh membawa bahaya malah permainan itu juga mungkin boleh membawa maut.
Mengulas satu video tular yang memaparkan sekumpulan remaja bermain permainan berkenaan, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Suhazeli Abdullah berkata permainan itu sangat merbahaya.
“Jangan sesekali buat begini. Sedetik jantung terhenti boleh bawa MAUT! #BukanCPR ni.” tulis beliau sambil mengepilkan video berkenaan.
Video terbabit menunjukkan sekumpulan remaja menolak dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya ‘khayal’ sekejap kerana kekurangan oksigen.
Dalam masa yagn sama, Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora turut berkata permainan itu berbahaya jika dimainkan.
“ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Taib berkata, remaja berkenaan boleh maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.
“Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.
“Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian,” katanya.
The post (Video) ‘Ni Bukan Main-Main, Sedetik Jantung Terhenti Boleh Bawa Maut’ – Permainan Mati 5 Saat Merbahaya appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2iiQj2t
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment