Home » , » Remaja dirogol bapa tiri 2 kali seminggu (Januari 2014 - Sept 2017)

Remaja dirogol bapa tiri 2 kali seminggu (Januari 2014 - Sept 2017)

shamsulazlan | 18:26 | 0 comments

KINABATANGAN, SABAH - Dirogol bapa tiri, dua kali seminggu sejak Januari 2014 sehingga September tahun ini di lokasi sama di tepi sungai di sebuah kampung di Tongod, Kinabatangan, itulah nasib yang menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, mangsa dan ibunya membuat laporan polis pada jam 11.35 pagi, Khamis lalu. 

"Mangsa mendakwa dia telah dirogol oleh bapa tirinya ketika berusia 10 tahun di tepi sungai di sebuah kampung di Tongod semenjak 2014. 

"Mangsa mendakwa bapa tiri melakukan perbuatan itu dua kali seminggu antara 1 Januari 2014 sehingga 1 September tahun ini di tempat yang sama iaitu di tepi sungai berhampiran dengan rumah suspek," katanya. 

Bertindak di atas laporan yang telah dibuat, sepasukan polis telah menahan suspek berusia 47 tahun bekerja sebagai petani, di luar rumahnya pada jam 1.30 tengah hari pada hari yang sama. 


"Mangsa tidak bersekolah kerana keluarga tidak mampu dan mangsa adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibu dan bapa kandung mangsa sudah bercerai dan ibunya berkahwin dengan suspek sejak tahun 2008. 

"Pada 16 September lalu, berlaku pergaduhan di antara ibu mangsa dengan suspek menyebabkan ibunya membawa mangsa serta adiknya pulang ke rumah nenek mereka. 

"Pada 1 Oktober lalu kira-kira jam 2 petang, mangsa memberitahu ibu serta ahli keluarganya bahawa dia telah dirogol oleh bapa tirinya. Terkejut dengan kejadian itu, ibu mangsa kemudian membawanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan terdapat koyakan pada kemaluan mangsa," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol ke atas seorang perempuan di mana hubungan perempuan itu dengannya adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya untuk berkahwin. 


from The Reporter http://ift.tt/2laKQvV
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger