Berita yang ditulis dan disiarkan oleh akhbar Kosmo yang terletak di bawah Utusan melaporkan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkata,
"Pasukan negara anda semua, not my negara. I'm from Johor, you know."
Ekoran penyiaran berita itu, ada pihak yang menuntut Tunku Ismail membuat permohonan maaf kepada para peminat sukan bola sepak yang kononnya terguris hati dengan kenyataan baginda itu.
Bagaimanapun, Tunku Ismail tampil memberi kenyataannya yang disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada jam 12.12 tengah hari tadi, mengenai isu tersebut.
Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ini kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip.
Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia. Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan. Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat.
Semua benda nak percuma, tidak berusaha tetapi tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Apabila menulis panjang, malas membaca. Ada pulak yang tak faham. Apabila dah keluar video ‘live’ pun masih tak faham?
Saya pernah dimaklumkan berkenaan dengan agenda hendak meningkatkan sistem pelajaran di dalam negara ini. Dengan apa yang kami lihat, saya rasa mereka yang berkuasa harus bertindak cepat untuk meningkatkan sistem pelajaran kerana ada 3 perkara harus diberi perhatian dalam negara ini iaitu kurang pendidikan, rasuah dan “extremism”.
Jikalau ia berlarutan, gelap masa depan anak cucu cicit kita.
Saya teringin sangat nak bertanya sendiri kepada mereka semua tentang apa yang mereka mahu dengan FAM ketika ini. Jikalau betul ada apa apa, FAM sekarang ini kan sudah ada hubungan rapat dengan penyokong, tidak seperti FAM yang dahulu. Jadi luahkanlah kepada saya apabila kita berjumpa. Ini baru saya cakap nak jumpa dah macam nak roboh satu negara.
Isu-isu penting semua tidak ambil peduli tetapi hanya gurauan atau ketika cakap kosong sahaja yang di besar-besarkan. Malaysia…
from The Reporter http://ift.tt/2yl5Ww6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment